Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Babyduck85 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
Babyduck85 (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 161:
Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di [[Kuala Lumpur]] menempatkan Delegasi Serantau yang meliputi aktiviti-aktiviti di [[Malaysia]], [[Singapura]], [[Brunei Darussalam]] dan [[Jepun]], serta Pusat Sumber Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di [[Asia Tenggara]] dan [[Asia Timur]].
ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan [[Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa]] (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun 1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk [[Kementerian Luar Negeri Malaysia]], [[Kementerian Pendidikan]], [[Kementerian Pertahanan Malaysia]] dan [[Kementerian Dalam Negeri]]; [[Angkatan Tentera Malaysia]] dan [[Polis]], [[Jabatan Peguam Negara]], serta lain-lain pihak berkepentingan.
===Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia===
Penjalinan hubungan yang kukuh dengan
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di [[Kem Terendak]], Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihan-latihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.
|