Perbezaan antara semakan "Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah"

===Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa===
 
ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti UUKA serta memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah perundangan dan pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel dan acara untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi pendidikan utama. <ref>http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=597545</ref> Ia telah menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model yang telah diterima-pakai oleh Negera-negara, termasuk Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962, Akta Pelaksanaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2006). ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di Malaysia menerusi JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta [[Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia]]. <ref>www.redcrescent.org.my/</ref>
 
===Bekerjasama dengan Universiti-universiti===
28

suntingan