Sultan Muhammad II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah dan menggunakan gelaran Sultan Muhamad II. Baginda merupakan anak Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus dan menantu kepada Engku Long Seri bin Tengku Sri Maharaja Perdana Mantri Long Gafar. Pada 1844 Istana Kota Bharu (kemudiannya dikenali sebagai Istana Balai Besar pada zaman Sultan Muhamad IV) telah dibina dengan mengambil tukang-tukang dari Limbat atas arahan Baginda Long Seri. Pada masa pemerintahannya, usaha-usaha bagi melemahkan penguasaan Limbat ke atas Kota Bharu giat dijalankan. Pada masa pemerintahannya juga menyaksikan peningkatan pengaruh [[Siam]], ia dipercayai ada hubung kait dengan cubaan bagi mendapatkan pengiktirafan Siam terhadapnya sebagai pemerintah Kelantan.
 
==Pergolakan Merebut Takhta==
 
Apabila Sultan Muhammad I mangkat baginda tidak mempunyai putera dan hanya mempunyai 2 orang anak angkat iaitu Tengku Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II) dan Tengku Long Bongsu yang kedua-duanya merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus. Berlaku pertikaian tentang siapa yang berhak mewarisi takhta, dan pihak yang terlibat ialah:
* Raja Bendahara Banggul (Phraya Banggul/Phra Bidaksha) '''Long Jenal''' bin Paduka Seri Sultan Long Yunus, putera paling tua diantara anak Long Yunus yang masih hidup pada waktu itu
* Raja Kampung Laut Long Muhammad ('''Tuan Besar'''/Phra Bandara) bin Raja Muda Ismail, anak Raja Muda Kelantan yang mangkat sebelum Sultan Muhammad I
* '''Long Senik Mulut Merah''' (anak angkat Sultan Muhammad II)
 
Di dalam buku ''Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan'' yang diterbitkan pada tahun [[1838]] [[Munshi Abdullah]] menceritakan bagaimana keadaan perang saudara ini.
 
==Keluarga==