Kuala Berang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 2:
 
==Sejarah==
Kawasan ini dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di [[Terengganu]]. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar [[Tasik Kenyir]]. Sebelum kawasan itu ditenggelami air, kita dapat melihat kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu. Penemuan [[Batu Bersurat]] telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke [[Tanah Melayu]]. Dipercayai juga sebuah pelabuhan telah wujud di Kuala Berang. Pada zaman itu, dikatakan bahawa [[Sungai Terengganu]] airnya cukup dalam untuk sebuah kapal mudik dari muara Sungai Terengganu hinggalah ke Kuala Berang. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama [[Buddha]]. Dari situ, [[Islam]] telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat. Di sini juga pernah bertapak kerajaan Islam atau lebih dikenali dengan Dinasti Al-Kamil yang dikaitkan dengan seorang ahlul bayt Rasullulah s.a.w dari jurai Al-Hasani iaitu Syarif Muhammad Abdullah Al-Baghdadi yang pernah menjadi khalifah di Kota Baghdad sebelum ke Kuala Berang dengan misi tertentu.
 
==Tempat Pelancongan==