Jorge Rafael Videla: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Videla bangkit sewaktu ketidakstabilan ekonomi dan politik di [[Argentina]] pada awal hingga pertengahan 1970an. Pada 1973 Perón telah kembali berkuasa di negara ini tetapi pada usia yang tua beliau tidak mampu memperbaiki keadaan negara ini. Setahun kemudian, beliau meninggal dunia dan jawatannya disandang oleh isterinya Isabel Perón, seorang bekas penari kelab malam yang tiada pengalaman di dalam politik. Dalam usahanya untuk mendapat sokongan tentera, Isabel telah melantik Videla sebagai Commander-in-Chief, jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera Argentina. Tindakan ini seperti memakan diri sendiri kerana beliau melancarkan rampasan kuasa dan berjaya menjatuhkan kerajaan dinasti Peron 24 Mac, 1976, dan menjadi [[presiden de-facto]] sebagai ketua ''junta'' tentera dan berkongsi kuasa dengan Komander Jeneral [[Tentera Udara]] iaitu [[Orlando Ramón Agosti]] dan Komander [[Tentera Laut]], Admiral [[Eduardo Emilio Massera]]. Beberapa hari selepas itu, pada 29 Mac 1976, Videla secara rasminya menjadi Presiden Argentina, suatu jawatan yang disandang hingga 29 Mac, 1981.
 
== Proses Pembersihan Puak Berhaluan Kiri==
 
Sebaik sahaja menjadi Presiden, beliau membubarkan Kongres dan memberi kuasa penggubalan undang-undang kepada suatu suruhanjaya militari yang terdiri dari sembilan orang. Disamping itu, Vadela menghentikan peranan mahkamah, parti-parti politik, dan kesatuan pekerja dan memenuhi jawatan-jawatan penting kerajaan dengan ahli tentera. Dalam masa seminggu, beliau menahan beratus-ratus rakyat yang disyaki gurila berhaluan kiri dan ini berterusan sewaktu pemerintahannya. Mangsa penahanan ini telah diberi panggilan "[[desaparecidos]]" dan dianggarkan antara 10,000 and 30,000 rakyat negara ini telah hilang secara misteri sewaktu pemerintahannya.