Kesultanan Samudera Pasai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Naval Scene (bincang | sumb.)
k Samudera-Pasai --> Samudera Pasai
Baris 34:
[[Imej:Pasai001.jpg|thumb|300px|Peta Pasai (terletak di Lhokseumawe sekarang di provinsi Aceh, Sumatera.]]
 
'''Kesultanan Samudera- Pasai''' (juga dikenali sebagai '''Pasai''', '''Samudera''' atau kadang-kala disebut '''Samudera Darussalam''') adalah kerajaan [[Islam]] yang pertama di [[Nusantara]] yang terletak di [[utara]] pantai [[Aceh]] (secara lebih tepat di provinsi [[Nanggroe Aceh Darussalam]] sekarang), [[Sumatera]] di antara [[abad ke-13]] hingga [[abad ke-15]]. Raja pertamanya bergelar Malikussalih telah mangkat pada tahun 696 Hijrah atau [[1297]],<ref>Moquette, Jean Pierre, (1913), ''De Oudste Vorsten van Samudra-Pase'', Rapporten van den Oudheidkundigen Dienst, Batavia, pp. 1-12.</ref> atau menurut hikayat bernama [[Merah Silu]]. Hanya sedikit sahaja bukti yang ditinggalkan untuk membolehkan kajian ke atas sejarah kerajaan ini.<ref>Ricklefs, M.C. 1991. ''A History of Modern Indonesia since c.1300. 2nd Edition'', Stanford: Stanford University Press, p. 15. ISBN 0-333-57690-X</ref>
 
== Sejarah ==
Baris 41:
Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, baginda telah diislamkan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad, seorang raja yang berkuasa di benua Hindi yang turun takhta untuk turut serta dalam pengislaman Merah Silu. Selepas Pasai diasaskan, Sultan Malikussalih telah melantik putera baginda, Malikul Zahir menjadi raja di negeri Pasai sementara baginda bertakhta di Samudera.
 
Di dalam Hikayat ini juga, baginda mempunyai dua orang cucu iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur. Selepas kemangkatan Malikul Zahir, Sultan Malikussalih melantik Malikul Mahmud sebagai pemerintah Pasai sementara adindanya, Malikul Mansur dijaga oleh Malikussalih sendiri. Beberapa tahun kemudian, Malikul Mansur telah dilantik oleh nendanya sebagai pemerintah baru kerajaan Samudera. Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa Malikul Mansur telah diturunkan takhta oleh kekandanya, Malikul Mahmud serta dibuang negeri kerana kesalahan baginda mengambil perempuan di Istana Pasai. Selepas itu, Malikul Mahmud telah memasukkan Samudera kedalamke dalam kerajaannya.
 
Pasai telah menjadi pusat perdagangan yang masyhur sekitar abad ke-13 hingga abad ke-14. Pedagang-pedagang dari [[Tanah Arab]], [[China]], [[India]] dan [[Eropah]] telah singgah ke negeri ini untuk berdagang. Pasai dinyatakan di dalam buku ''Rihlah ilal-Masyriq'' (Pengembaraan ke Timur) oleh [[Ibn Battuta|Abu Abdullah ibn Battuta]] (1304-1368), seorang musafir Maghribi yang singgah di Pasai pada tahun 1345. Ibn Battuta menulis bahawa Sultan Malikul Zahir dari negara ''Samatrah'' (Samudera- Pasai) menyambutnya dengan sangat ramah. Menurut Ibn Battuta, penduduk tempatan memeluk [[Mazhab Syafii]].<ref>Ferrand, Gabriel, (1914), ''Relations de voyages et textes geographiques : Arabes, Persan et Turks relatifs a l'Extreme-Orient du VIIIe au XVIIIe siecles'', traduits, II, pp. 440-450.</ref>. Selain itu, Pasai juga menjadi pusat penyebaran agama Islam dan tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam. Ini dapat dilihat ketika Kegemilangan Empayar Melayu [[Melaka]], sultan meminta pendapat kepada ulama-ulama Pasai sekiranya ada masalah agama. Selain itu, ulama-ulama Pasai juga menterjemahkan kitab-kitab agama dari bahasa [[Arab]] ke bahasa [[Melayu]].
 
[[Majapahit]] sempat menyerang dan menjarah Pasai pada pertengahan abad ke-14. Pasai kemudian diduduki Portugis pada tahun 1521, iaitu selepas 10 tahun penaklukan Melaka. Selepas itu, [[Kesultanan Aceh|Aceh]] mengambil alih peranan Pasai dan menjadi pusat perdagangan utama di Sumatera.
 
== Pemerintah Kerajaan Samudera- Pasai ==
Berikut merupakan antara pemerintah Kerajaan Samudera- Pasai
* Sultan Muhammad Malik Az-Zahir (1297)
*Sultan Malikul Tahir (1326 - 1349)
*Sultan Muhammad Malik (1297 - 1326)