Luluh hawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rezuan (bincang | sumb.)
Rezuan (bincang | sumb.)
Baris 39:
 
Oleh sebab itu batu kapur lazimnya mudah mengalami luluhawa seumpama ini. Batuan lain juga mudah dikarbonkan seperti Dolomit dan kalium silikat atau ''potasy-felsfar''.
 
==== Proses hidrolisis ====
Hidrolisis merupakan tindak balas antara ion hidrogen (H+) atau ion hidroksil (OH-) dengan ion mineral pembentuk batuan sehingga menyebabkan terhasil satu sebatian dan mineral yang berlainan. Proses ini bertanggungjawab menukar seluruh mineral batuan kepada bentuk baru (mineral peringkat kedua) yang berlainan sama sekali dengan sifat mineral asalnya. Ion hidrogen atau ion hidroksil yang menjadi agen peluluh ini dibekalkan oleh air hujan. Bagi mineral pembentuk batuan yang tidak stabil biasanya mudah diuraikan menerusi proses ini untuk membentuk kaolinit (tanah liat). Tindak balas hidrolisi bagi menghasilkan tanah liat boleh diringkaskan seperti berikut:
 
{| class="wikitable"
|-
! Orthoclase Feldsfar + Asid Karbonik + Air → Kalsium Karbonat + kaolin (Tanah Liat) + Kuartza
|}
 
Dalam keadaan biasa tindak balas ini sukar diterbalikkan. Ertinya hasil proses hidrolisis adalah stabil dan kekal lama.
 
== Luluhawa Fizikal atau Mekanikal ==