Milenium ke-3 SM: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 16:
Peradaban-peradaban [[Sumer]] dan [[Akkad]] di [[Mesopotamia]] menjadi sekumpulan [[negara kota]] yang sentiasa bergolak, dan peperangan adalah suatu kejadian yang biasa. Pertempuran-pertempuran yang berlarutan menyusutkan sumber, tenaga, dan jumlah penduduk. Dalam milenium ini, empayar-empayar yang lebih besar mewarisi empayar sebelumnya, dan kaliber penakluk-penakluk bertumbuh sehingga [[Sargon dari Akkad]] memperluas empayarnya ke seluruh Mesopotamia dan di sebalik sana. Saiz empayarnya tidak diatasi sehingga zaman [[Assyria]] pada 1500 tahun kemudian.
Dalam [[Kemaharajaan Lama]] [[Mesir]], gagasan terhadap cita-cita ditakrifkan dengan lebih lanjut oleh penakluk-penakluknya. Ekspedisi-ekspedisi ketenteraan dihantar ke seluruh kemaharajaan untuk membawa balik abdi-[[Pengabdian|abdi]]. Piramid-[[piramid Mesir]] dibina pada milenium ini dan merupakan binaan-binaan manusia yang tertinggi dan terbesar selama beberapa ribu tahun yang berikut. Juga di Mesir, firaun-[[firaun]] mula berlagak sebagai [[dewa]] hidup yang diperbuat daripada intipati yang berbeza daripada manusia yang lain. Di [[Eropah]] yang sebahagian besarnya masih berada dalam zaman [[Zaman Neolitik|neolitik]] ketika itu, pembina-pembina [[megalit]] membina monumen-monumen raksasa sendiri. Di [[Timur Dekat]] dan [[Dunia Barat|Barat]], batas-batas diperluas oleh para arkitek dan pemerintah.
Menjelang akhir milenium ke-3 SM, Mesir menjadi pentas untuk sebuah revolusi umum yang pertama dalam sejarah. Selepas perang-perang yang berpanjangan, orang-orang Sumer mengakui manfaat penyatuan dan membentuk [[Dinasti ke-3 Ur]], sebuah kerajaan negara yang stabil dan dengan itu, menjadi sebuah negara yang agak aman, teratur, dan berteknologi rumit. Dinasti ini kemudian terbabit dalam gelombang penyerang-penyerang [[nomad]] yang dikenali sebagai orang [[Amorite]] yang memainkan peranan utama di kawasan ini pada abad-abad yang berikut.
==Peristiwa==
|