Timor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rubinbot (bincang | sumb.)
k r2.5.4) (bot mengubah: ml:ടിമോർ ദ്വീപ്
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
 
[[Amerika Syarikat]] dan [[Australia]] "merestui" tindakan Indonesia kerana takut Timor Timur menjadi [[kubu]] [[komunisme]] terutama kerana kekuatan utama di perang saudara Timor Timur. Namun [[PBB]] tidak menyetujui tindakan Indonesia. Setelah [[pemungutan suara]] yang diadakan tahun [[1999]] di bawah perjanjian yang ditaja oleh PBB antara Indonesia dan Portugis, kebanyakan penduduk Timor-Timur tidak setuju dengan [[autonomi]] yang ditawarkan oleh Indonesia. Timor-Timur meraikan kemerdekaannya pada tahun [[2002]] dengan sokongan luar biasa daripada PBB.
 
==Bangsa Timor di Malaysia==
 
Kewujudan bangsa Timor di Malaysia mungkin agak janggal bagi masyarakat di Semenanjung Malaysia namun di Sabah bangsa Timor adalah kumpulan masyarakat yang sangat dikenali. Mereka adalah golongan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia secara sah sama seperti bangsa '''Bugis''' yang merupakan kumpulan majoriti rakyat Indonesia di Malaysia. Bangsa Timor walaupun tidak seramai Bugis Indonesia namun mereka sangat dihormati kerana kerajinan dan kemampuan mereka bekerja di ladang-ladang atau di kawasan projek perumahan. Mereka sangat dikenali sebagai pekerja yang produktif, tahan lasak dan boleh dipercayai. Tidak hairanlah mereka hari ini bertebaran di seluruh negeri Sabah sebagai pekerja asing yang paling diperlukan.
 
[[Kategori:Timor]]