Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Baris 9:
==Synopsis==
 
Filem ini bermula "''pada suatu ketika''". Seorang lelaki separuh umur (Buñuel) mengasah pisau cukur di pintu anjung rumahnya lalu menguji ketajaman pisau itu dengan ibu jarinya. Dia keluar ke anjung sambil merenung bulan purnama di langit. Kamera memintas ke wajah seorang pemudi (Mareuil) yang duduk tenang dan bersahaja sambil lelaki itu menahanmembukakan kelopak matanya. Menyusul pula adegan yang menjadi punca kemasyhuran filem ini: ketika bulan purnama di langit diselubungi sekepul awan yang nipis (seperti sebilah pisau cukur), lelaki itu menghiris mata pemudi itu dengan pisau cukurnya, lalu cecair mengalir keluar dari biji matanya yang baru dikelar.
 
Kad judul seterusnya mengumumkan "''lapan tahun kemudian...''". Seorang pemuda berbasikal sekitar pekan sambil memakai jubah [[biarawati]] dan membawa sebiji kotak misteri pada lehernya. Pemudi dalam adegan pertama sedang membaca sebuah buku di apartmennya, kemudian mencampak buku yang sedang dibaca apabila menyedari kedatangan pemuda itu. (Kita dapat melihat bahawa buku itu mengandungi sesalinan lukisan karya [[Jan Vermeer]], seorang pelukis yang dikagumi Dalí.) Pemudi menjenguk ke luar tingkap dan melihat pemuda itu terjatuh dari basikal di depan apartmennya. Pemudi lantas turun ke bawah dan mengendong sang pemuda.