Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Walaupun [[filem suara]] telah muncul di pasaran pada [[1927]] iaitu dua tahun sebelum filem ini ditayangkan, pengarahnya memang berniat membikin ''Seekor Anjing Andalusia'' tanpa suara, sekaligus menyumbang kepada elemen surealis yang terkandung dalam filem tersebut.
 
Sejak diterbitkan lapan dekad yang lampau, filem ini telah mendapat pujian meluas dari pengkritik dan penggemar dunia filem. Sebagai sebuah filem [[surealisme|surealis]], ''Seekor Anjing Andalusia'' tidak mempunyai jalan cerita atau plot yang lazim, seperti yang terdapat dalam filem-filem normal. Jangka masa dalam filem ini "melompat" secara rawak dari "''pada suatu ketika''" ke "''lapan tahun kemudian''" ke "''pukul tiga pagi''" ke "''enam belas tahun dahulu''" ke "''pada musim panas''" tanpa mengikut logik rentetan babak yang dipaparkan. Tidak ada anjing yang dapat dilihat dalam filem ini, dan tidak ada apa-apa petanda yang menunjukkan filem ini bertempat di [[Andalusia]]. Buñuel sendiri pernah berkata bahawa filem ini "tidak bermaksud menggambarkan apa-apa idea atau penerangan yang rasional".
 
Filem ini juga sangat masyhur di kalangan penggiat filem kerana babak pembukanya yang sangat mengejutkan, walaupun sudah lebih lapan puluh tahun ia diterbitkan.
Baris 15:
Kemudiannya, pemudi menyusun pakaian yang dipakai pemuda tadi di atas katilnya. Sambil dia merenung tajam dan memberi tumpuan kepada pakaian yang disusun tadi, sang pemuda tiba-tiba muncul di hadapan pintunya. Kedua-dua mereka melihat telapak tangan sang pemuda yang berlubang; kelihatan semut merayap-rayap keluar dari lubang tersebut. Lubang ini perlahan-lahan secara berturutan bertukar menjadi bulu ketiak seorang wanita, seekor landak laut, dan kepala seorang figura yang [[androgini|kurang jelas jantinanya]].
 
Wanita muda seakan-akan lelaki itu berada di jalan raya di kaki bangunan apartmen. Dia menguis-nguis satu tangan manusia yang terputus menggunakan tongkat. Dua orang polis mengawal orang ramai yang mengerumuninya. Salah seorang anggota polis itu mengutip tangan tersebut lalu meletakkannya di dalam kotak yang dibawa oleh sang pemuda sebentar tadi, kemudian memberi kotak itu kepada wanita/lelaki androgini tersebut. Wanita/lelaki itu memeluk kotak itu dengan wajah tersenyum, seolah-olah terkenang sesuatu yang mengembirakannya. Para polis meminta orang ramai bersurai. Wanita/lelaki itu terus sahaja berdiri di tengah-tengah jalan raya yang sesak, sambil sang pemuda dan sang pemudi melihat sahaja gelagatnya dari tingkap apartmen. Akhirnya wanita/lelaki itu dilanggar kenderaan dan tidak sedarkan diri (tidak jelas samada dia mati atau hanya pengsan). Sang pemuda seperti teruja dan sadis melihat nasib yang menimpa wanita/lelaki muda itu.
 
Sang pemuda kemudian memandang sang pemudi dengan mata yang penuh rakus, lalu meramas [[buah dada]]nya dan membayangkan sang pemudi berbogel di bahagian dada dan punggung. Sambil sang pemuda berangan, sang pemudi menepis tangannya dan berlari-lari sekeliling bilik untuk cuba melepaskan diri. Si pemudi mengambil raket [[tenis]] untuk mempertahankan dirinya. Dalam satu lagi rangkaian yang tidak logik, si pemuda tiba-tiba menarik tali yang padanya terikat papan batu yang tertera [[Sepuluh Rukun]] [[Nabi Musa]], dua buah [[piano]] yang di atasnya terlantar dua ekor [[keldai]] mati yang sedang [[pereputan|mereput]], dan dua orang [[paderi]] yang kelihatan agak bingung (paderi di sebelah kanan dilakonkan oleh Dalí).