Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Yekshemesh (bincang | sumb.)
alamak
Baris 1:
'''Seekor Anjing Andalusia''' ([[bahasa Perancis]]: ''Un chien andalou'') ialah judul sebuah [[filem senyap|filem bisu]] [[surealisme|surealis]] pendek arahan [[Luis Buñuel]] dan ditulis bersama dengan pelukis surrealissurealis terkenal [[Salvador Dalí]]. Ia diterbitkan pada tahun [[1929]] dan dibintangi Simone Mareuil dan Pierre Batchef; Buñuel dan Dalí turut kelihatan dalam adegan kameo yang ringkas tetapi nama mereka tidak tersenarai dalam kredit.
 
Walaupun [[filem suara]] telah muncul di pasaran pada [[1927]] iaitu dua tahun sebelum filem ini ditayangkan, pengarahnya memang berniat membikin ''Seekor Anjing Andalusia'' tanpa suara, sekaligus menyumbang kepada elemen surealis yang terkandung dalam filem tersebut.
Baris 7:
Filem ini juga sangat masyhur di kalangan penggiat filem kerana babak pembukanya yang sangat mengejutkan, walaupun sudah lebih lapan puluh tahun ia diterbitkan.
 
==SynopsisSinopsis==
 
[[Image:Andalou.jpg|thumb|left|200px|Kelopak mata Simone Mareuil dibuka oleh Luis Buñuel ketika adegan pembuka yang terkenal dengan elemen memeranjatkan penonton.]]
 
Filem ini bermula "''pada suatu ketika''". Seorang lelaki separuh umur (Buñuel) menghisap curut sambil mengasah pisau cukur di pintu anjung rumahnya lalu menguji ketajaman pisau itu dengan ibu jari. Dia keluar ke anjung sambil merenung bulan purnama di langit. Kamera memintas ke wajah seorang pemudi (Mareuil) yang duduk tenang dan bersahaja sambil lelaki itu membukakan kelopak matanya. Menyusul pula adegan yang menjadi punca kemasyhuran filem ini: ketika bulan purnama di langit diselubungi sekepul awan yang nipis (seperti sebilah pisau cukur), lelaki itu menghiris mata pemudi itu dengan pisau cukurnya, lalu cecair meleleh keluar dari biji matanya yang baru dikelar.