Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 102:
Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan [[Kedah]], di[[pajak]] kepada [[Syarikat Hindia-Timur British]] (''British East India Company'') pada [[1786]] oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan [[Siam]] dan [[Burma]]. Pada [[11 Ogos]] 1786, Kapten [[Francis Light]], yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai ''Pulau Prince of Wales'' untuk menghormatkan Raja Muda [[Britain]]. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
[[Fail:Francis.jpg|thumb|250px|right|Kapten Francis Light: Pengasas Negeri Pulau Pinang]]
[[Fail:Celim.jpg|thumb|250px|right|Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Lim Chong Eu: Arkitek Pulau Pinang Moden]]
 
Kedudukan pulau di permulaan [[Selat Melaka]] telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah [[pelabuhan]] untuk kapal-[[kapal]] perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan [[tentera]] [[laut]] untuk menentang cita-cita orang [[Perancis]] di wilayah.