Perbezaan antara semakan "George Town, Pulau Pinang"

tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Georgetown''' (Tamil: ஜார்ஜ்ஜோர்ஜ் டவுன், பினாங்கு) adalah [[ibu negeri]] [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]], Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar [[satelit]] Georgetown termasuklah [[Air Itam]], [[Bayan Lepas]], [[Gelugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; [[Butterworth]], [[Kepala Batas]], [[Bukit Mertajam]] dan [[Batu Kawan]] di [[Seberang Perai]]; [[Sungai Petani]] dan [[Kulim]] di [[Kedah]], serta bandar-bandar di utara [[negeri Perak]] dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang merupakan meroplitan kedua terbesar di Malaysia selepas [[Lembah Klang]]. Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di [[Semenanjung Malaysia]] dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan [[Kuala Lumpur]]. Georgetown adalah bandar raya tertua di Malaysia selepas [[Elizabeth II dari United Kingdom|Ratu Elizabeth II]] memberikan status bandar raya pada 1 Januari 1957. Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah [[Majlis Perbandaran Pulau Pinang]] (MPPP) telah ditubuhkan pada 1976, bagi menggantikan Majlis Bandaraya George Town. Pusat bandar George Town merupakan [[Tapak Warisan Dunia]] UNESCO.
 
Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "'''Tanjung Penaga'''". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan penaga laut (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm Utusan Online-Pastikan Warisan Dunia serlahkan warisan Melayu]</ref><ref>[http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/7/28/north/21930010&sec=north The Star Online-Penaga Laut trees are back in George Town]</ref>
Pengguna awanama