Perbezaan antara semakan "Sejarah muzik rock di Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan ''Juara Rock'' ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti ''Festival Rock 1984'' yang diadakan di Dewan Jubli Intan, [[Johor Bahru]]. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran ''Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987)''.
 
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti ''Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok'' (yang di anjur oleh papa Ali (''Ali Bakar ')), ''Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica'', dan ''Pesta Hiburan Kingsway''. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa ''Battle Of The Bands''.
 
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan ''penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan'' bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti [[RTM 1|Radio & TV RTM]], kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai ''digam RTM'' oleh masyarakat umum. Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti [[TV 3]] menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
 
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti [[TV 3]] menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
 
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
 
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80an80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
 
==Daftar Gagasan Rock Malaysia==
245,304

suntingan