Nanas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Baris 18:
Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri [[Johor]], [[Selangor]], [[Kelantan]], dan [[Pulau Pinang]]. Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. [[Burung Kelicap]] (''Hummingbird'') merupakan pendebunga biasa.<ref>[http://www.google.com/search?hl=en&gl=GB&source=android-browser&q=Burung+madu+ihiimniingbirdl+merupakan+pendebunga+biasa.+Kadar&oq=Burung+madu+ihiimniingbirdl+merupakan+pendebunga+biasa.+Kadar&aq=f&aqi=&aql=&gs_sm=s&gs_upl=37630l37641l0l39708l2l1l0l0l0l0l0l0ll0l0&mvs=0 Nanas di Malaysia]</ref>
 
Antara [[varieti]] Nanasnanas yang disyorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Hanya varieti Josapine dan N36 berjaya menembusi pasaran eksport Malaysia kerana mempunyai daya tahan yang tinggi. Selain daripada mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada keadaan kemarau. Iklim untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman Nanas ialah pada suhu sekitar 30oC dengan [[taburan hujan]] sebanyak 1250 mm setahun.<ref>September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Nanas. FAMA.</ref>
 
Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumapi penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.