Cili: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
'''Cili''' (nama saintifik ''Capsicum'' spp.) ialah sejenis [[sayuran berbuah]] daripada [[Famili (biologi)|famili]] [[Solanaceae]]. Ia dipercayai berasal dari [[Mexico]] dan [[Amerika Selatan]] dan telah ditanam secara meluas serata dunia terutamanya kawasan beriklim tropika. Buah ini dikenali sebagai [[sayur|sayur-sayuran]] dan ditanam sebagai makanan. Namanya datang dari [[bahasa Nahuatl]] melalui perkataan [[bahasa Sepanyol]] ''Chile''. Ia juga dikenali sebagai '''lada''' (Malaysia Pantai Timur) dan '''cabai''' (Malaysia Utara) serta meriam lada secupak<ref>[http://books.google.com.my/books?id=Bot-AT4wZPAC&pg=PA30&lpg=PA30&dq=lada+secupak&source=bl&ots=HPsKvsIo91&sig=NSFq0LjWlQFlj2f3Dm5MIbpFMKc&hl=en&sa=X&ei=j-oET86RF4eaiAerwJStAQ&redir_esc=y Aceh: History, Politics and Culture Go About this book Pages displayed by permission of Institute of Southeast Asian . Copyright. By Arndt Graf]]</ref>.
 
Nama lada juga merupakan asas kepada nama rempah [[lada hitam]] dan [[lada putih]] kerana rasa pedasnya, walaupun memiliki rupa yang berlainan.
 
Di Malaysia, kebanyakan cili ditanam di kawasan tanah rendah.
Baris 28:
Cili adalah merupakan salah satu dari makanan / diet yag menjadi keperluan dan kesukaan manusia. Memakan cili telah menjadi suatu diet bagi masyarakat Amerika sejak 7500 tahun lalu sebelum Masihi. Terdapat bukti tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya [[Ecuador]] yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu,<ref>Perry, L. ''et al.'' 2007. Starch fossils and the domestication and dispersal of chili peppers (Capsicum spp. L.) in the Americas. ''Science'' 315: 986-988. [http://scholar.google.com/scholar?cluster=5723774509129214407 Link.]</ref><ref>BBC News Online. 2007. Chillies heated ancient cuisine. Friday, 16 February. Available from: http://news.bbc.co.uk/2/hi/americas/6367299.stm. Accessed 16 February 2007.</ref> dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai suatu ladang cili yang mengamalkan konsep pendebungaan sendiri.
 
== Morfologi cili ==
Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau unngu bergantung kepada [[kultivar]] cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar). Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak daun berbentuk [[loket]]. Buah pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili berwarna kuning dengan berat 3.5-5.0 g/1,000 biji.
 
Pendebungaan cili adalah secara [[persenyawaan sendiri]]. Walaupun begitu 30% dari bunga cili akan berlaku [[persenyawaan silang]] juga.
 
== Varieti ==
Terdapat pelbagai jenis varieti cili di Malaysia yang kebanyakannya digunakan dalam bahan masakan. [[Cili besar]] dan cili kecil (juga dikenali sebagai cili api atau cili burung) adalah antaranya.
 
== Kultivar cili ==
Terdapat beberapa kultivar cili (''Capsicum annum'' Lin) yang ditanam di Malaysia seperti MC 11, MC 12, Bangi, Kulai dan jenis [[hibrid]]. Jenis kulai adalah di antara yang popular ditanam kerana ketahanan pada penyakit, hasil yang sederhana tinggi dan rasanya pedas disukai ramai.<ref>__. 2009. [http://www.doa.gov.my/html/themes/moa_doa/documents/pakej_cili.pdf Pakej Teknologi Cili]. Jabatan Pertanian Malaysia.</ref>
 
== Lihat juga ==