Alexander Agung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[ImageFail: BattleofIssus333BC-mosaic-detail1.jpg|thumb|leftright|360px|Alexander Agung bertempur dengan Maharaja Parsi, [[Darius III dari Parsi|Darius III]] (tiada dalam gambar). Gambar itu merupakan sebahagian daripada lukisan Yunani [[abad ke-3 SM]], [[Mozek Alexander]], yang berasal dari [[Pompeii]] tetapi kini telah hilang.]]
[[Fail:AlexanderTheGreat Bust.jpg|thumb|250px|Arca Iskandar Agung di [[Muzium British]].]]
 
'''Alexander Agung''' atau '''Iskandar Agung''' (Alexander III dari [[Empayar Macedonia]] Yunani; [[bahasa Greek]] '''{{polytonic|Μέγας Αλέξανδρος}}''', ditransliterasikan sebagai ''Megas Alexandros''; Julai [[356 SM]] - [[10 Jun]] [[323 SM]]) adalah raja Empayar Macedonian (bahasa Yunani: Βασιλεύς Μακεδόνων), sebuah negara di daerah timur laut [[Greece]] dan dianggap sebagai salah satu daripada [[pemerintah]] yang amat berjaya dalam sejarah dunia. Beliau menakluk hampir seluruh dunia yang dikenali oleh orang [[Yunani]] sebelum kematiannya.
Baris 24:
===Kebangkitan Macedonia===
Ketika Philip mengetuai serangan terhadap [[Byzantium]] pada [[340 SM]], Alexander yang berumur 16 tahun dilantik untuk memerintah Macedonia. Pada [[339 SM]], Philip mengambil isteri kedua, dan menyebabkan ibunda Alexander, Olympias, berasa sedih. Ini pula menyebabkan perkelahian antara Alexander dengan ayahandanya, sehingga pewarisan takhta Alexander terhadap Macedonia hampir-hampir terjejas.
[[Fail:AlexanderTheGreat Bust.jpg|thumb|left|250px|Arca Iskandar Agung di [[Muzium British]].]]
 
Pada tahun 338 SM, Philip mencipta [[Liga Corinth]]. Alexander juga membantu ayahandanya dalam [[Perang Chaeronea]] yang berlaku pada tahun itu. Sayap pasukan askar berkuda yang diketuai oleh Iskandar memusnahkan [[Kumpulan Suci dari Thebes]], kor elit yang sebelum itu dianggap tidak dapat dikalahkan. Philip berpuas hati dengan merampas [[Boeotia]] daripada Thebes dan meninggalkan sekumpulan [[garison]] di dalam [[kubu kota]].
 
[[Image: BattleofIssus333BC-mosaic-detail1.jpg|thumb|left|360px|Alexander Agung bertempur dengan Maharaja Parsi, [[Darius III dari Parsi|Darius III]] (tiada dalam gambar). Gambar itu merupakan sebahagian daripada lukisan Yunani [[abad ke-3 SM]], [[Mozek Alexander]], yang berasal dari [[Pompeii]] tetapi kini telah hilang.]]
 
Pada tahun 336 SM, Philip dibunuh sewaktu menyertai istiadat perkahwinan anak perempuannya, [[Cleopatra dari Macedonia]], dengan [[Alexander I dari Epirus|Maharaja Alexander dari Epirus]]. Pembunuhnya, [[Pausasnias (pembunuh)|Pausanias]] yang merupakan seorang bangsawan muda yang bersungut, dikatakan bekas kekasih Philip yang berdendam dengannya kerana baginda tidak mengendahkan satu rungutan yang dikemukakan olehnya. Pada suatu masa, pembunuhan Philip dianggap telah dirancang dengan pengetahuan dan penglibatan Alexander atau Olympias. Lagi satu kemungkinan adalah [[Darius III dari Parsi|Darius III]] yang merupakan Maharaja Parsi yang baru sahaja menaiki takhta. [[Plutarch]] menyebut sepucuk surat berang dari Alexander kepada Darius yang menyalahkan Darius dan [[wazir]] agungnya, [[Bagoas]], terhadap pembunuhan ayahandanya. Surat itu menyatakan bahawa Darius ialah orang yang bercakap besar dengan bandar-bandar Yunani tentang bagaimana baginda dapat membunuh Philip.