Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 218.208.217.177 dikembalikan ke versi terakhir oleh PM Poon
Baris 28:
Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baru yang menumpukan kepada "semangat 1946", iaitu tahun UMNO diasaskan. <ref>Means, m.s. 228.</ref> UMNO Baru kemudian memutuskan bahawa perkataan "Baru" tidak diperlukan, dan menggugurkannya secara rasmi dan oleh itu, menuntut diri sebagai waris UMNO yang benar, bukannya parti Razaleigh. Akhirnya, Razaleigh menggunakan nama [[Semangat 46]] untuk partinya yang baru. <ref>Means, m.s. 230.</ref>
 
==Pindaan-pindaan perlembagaan==
bosan jer..
Kes "UMNO 11" hanya merupakan salah satu daripada sebilangan kes yang menjengkelkan Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas tertimbul ketika [[John Berthelsen]] dan [[Raphael Pura]] menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. ''[[Jurnal Asian Wall Street]]'' yang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku [[Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri|Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri]] membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura. Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Disebabkan ini, pengharaman ''Jurnal Asian Wall Street'' juga ditarik balik. <ref>Means, m.s. 140, 236.</ref>
 
Dalam lagi satu kes, Mahkamah Agung menggunakan kuasa [[kajian semula kehakiman]], dan membatalkan pindaan-pindaan kepada [[Kanun Prosedur Jenayah]] yang memberikan kuasa kepada [[Peguam Negara]] untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. Selepas [[Operasi Lallang]] pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa [[perbicaraan]] di bawah [[Akta Keselamatan Negeri (Malaysia)|Akta Keselamatan Negeri]] (ISA), Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan [[Karpal Singh]] untuk dibebaskan daripada penahanan disebabkan keteknikan-keteknikan terhadap cara beliau ditahan. <ref>Means, m.s.. 236&ndash;237.</ref>
 
Dr Mahathir habis sabar terhadap kes yang terakhir ini. Pada minggu yang berikut, beliau menyerahkan beberapa pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaimana yang Parlimen ingin memberikan. Sebagai justifikasi untuk pindaan-pindaan itu, Dr. Mahathir berkata: "...mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Parlimen merumuskan undang-undang ini... akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif." <ref>Means, m.s. 237.</ref>
 
Ketua Hakim Negara untuk Mahkamah Agung, Salleh Abas, telah dipaksa oleh hakim-hakim sekerjanya untuk bergerak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh memutuskan untuk mengadakan sebuah mesyuarat bagi kesemua 20 orang hakim daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi di ibu negara [[Kuala Lumpur]]. Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan Dr. Mahathir. Sebagai ganti, mereka menulis sepucuk surat sulit kepada [[Yang di-Pertuan Agong]] dan raja-raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang disetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil &mdash; sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan". <ref>Means, m.s. 238.</ref>
 
==Penggantungan jawatan dan pemecatan Salleh Abas==