Juwita: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 31:
 
==Ringkasan==
{{spoiler}}
RAMLEE (pencipta lagu) kembali ke kampung halamannya setelah lima tahun merantau dan terperanjat bila mendapati gadis yang dicintai (Juwita) telah buta matanya akibat satu kemalangan. Dia kemudian bersumpah akan sedaya upaya berusaha untuk mengubati Juwita walaupun nyawanya menjadi ganjaran. Hassan (teman baik Ramlee) dari sejak kecil dalam diam-diam ada berniat hendak memiliki Juwita dan dia telah berpakat dengan Rohani yang memang tertarik dan mencintai Ramlee (Ramlee tidak mencintainya) dan dia seorang penari dari kumpulan pancaragam Ramlee untuk membinasakan cinta Ramlee terhadap Juwita.
*
 
Ramlee (sifatnya yang lurus) tidak menyedari keadaan Hassan yang bergergaji dua mata. Dan sepeninggalannya Ramlee ke Bangkok kerana mengikat kontrak bermain muzik dipercayainya Hassan untuk menjaga Juwita dan peluang itu tidak dilepaskannya.
 
Di Bangkok Rohani cuba menambat hati Ramlee tetapi rupanya hati Ramlee tetap kepunyaan Juwita. Dia tidak begitu mudah tergoda oleh Rohani. Berkat wang kiriman Ramlee dari Bangkok, akhirnya Juwita dapat melihat semula setelah mendapat rawatan dari pakar mata. Rohani kecewa dan kerana cita-citanya tidak kesampaian dan kerana sakit hati Rohani mengguna tipu muslihat dengan mengirim sepucuk surat telegram menyatakan Ramlee telah mati dalam satu kemalangan.
 
Juwita terperanjat, Salim (ayah Juwita) juga terperanjat hingga menyebabkan dia meninggal dunia secara mengejut. Tetapi sebelum menutup mata dia berwasiat supaya Hassan berkahwin dengan Juwita dan menjaga keselamatan hidupnya. Bila Ramlee kembali dari Bangkok dia terperanjat mendapati Juwita telah menjadi isteri Hassan, teman baik yang sangat dipercayainya. Dia menuduh Juwita sebagai wanita yang tidak tahu membalas budi. Juwita mahu menerangkan kedudukan perkara yang sebenar tetapi Ramlee marah lantas meninggalkannya.
 
Juwita kemudian pergi menemui Ramlee di tempat mereka selalu jumpa, lalu ditunjukkan surat telegram yang menyatakan kejadian yang sebenar. Dan ini membuatkan Ramlee sedar kesilapannya dan insaf. Juwita tidak bersalah dan marahnya terhadap perbuatan Rohani dan Hassan sudah tidak terhingga lagi.
 
Pada ketika itu juga Hassan dan Rohani sedang membuat rancangan untuk melakukan sesuatu kerana khuatir rahsia mereka akan terbongkar. Bagaimanapun, ketika mereka menaiki sebuah kereta untuk mencari Ramlee dan Juwita tiba-tiba kereta tersebut melanggar Ramlee dan Juwita sehingga menyebabkan keduanya meninggal dunia di situ juga.
 
Atas perbuatan mereka berdua itu dan menyebabkan Ramlee dan Juwita terbunuh, Hassan dan Rohani ditangkap Polis. Bagi Ramlee dan Juwita pula sungguhpun jasad mereka terpisah di dunia tetapi roh mereka bersatu di alam baka’.
 
==Pelakon==