Nilam (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 27:
==Pengarah==
Filem Nilam ini diarah oleh [[B.S. Rajhans]].
 
==Ringkasan==
Ahmad, seorang anak Jawa yang nakal, sering mengusik rakan-rakan sebayanya tidak disenangi ibunya, telah diberi ibunya sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya yang telah meninggal dunia. Sewaktu sedang tidur, Ahmad bermimpi dengan ayahnya yang memintanya menjaga keris pusaka yang berhikmat itu dengan baik disamping menyuruhnya mengembara ke luar Negara.
 
Ahmad patuh dengan kehendak ayahnya dan dalam perjalanan dia bertemu dengan Jaiman yang juga berhasrat untuk mengembara sambil berusaha mencari saudara kembarnya, Paiman. Ahmad dan Jaiman bertemu dengan seorang nakhoda kapal dan mempelawa mereka berdua bekerja kapal dan berikutan penerimaan bekerja itu sampailah Ahmad dan Jaiman ke Negara Mesir.
 
Di negara tersebut, Kerajaan Negara Mesir telah mengeluarkan kenyataan bahawa Puteri Nilam telah dirasuk Jin yang menyebabkan puteri tersebut sering hilang akal. Dan tawaran telah dibuat iaitu barang sesiapa yang boleh mengubati Puteri Nilam sampai sembuh dia akan dikurniakan hadiah yang tidak ternilai harganya.
 
Ramai bomoh dan dukun tampil ke depan cuba mengubat puteri jelita itu tetapi tidak berjaya termasuk Paiman (saudara kembar Jaiman) yang kini telah menjadi orang kanan Datuk Menteri Besar. Dalam pada itu, Puteri Nilam sering keluar istana menyamar sebagai penyanyi dan penari dengan menggunakan nama Dilara.
 
Ketika menyanyi dan menari di sebuah bazaar makan, Dilara telah diganggu oleh Rashid (anak Datuk Menteri Besar). Dan serentak dengan itu, Ahmad dan Jaiman telah datang menolongnya tetapi berkesudahan mereka berdua ditangkap dan dibawa mengadap Datuk Menteri Besar.
 
Bagaimanapun ketika mengadap Datuk Menteri Besar untuk dibicarakan, Ahmad dan Jaiman dibebaskan atas jasa baik Paiman kerana dia adalah saudara kembar Jaiman. Ketika menyaksikan Dilara menyanyi dan menari, Ahmad telah dijemput Dilara ke biliknya kerana dia ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongannya terhadap gangguan Rashid tempoh hari. Ekoran pertemuan itu, mereka mulai jatuh cinta.
 
Dalam pada itu, Ahmad berhasrat mengusir Jin yang merasuk Puteri Nilam. Disamping itu pula, Datuk Menteri Besar tidak suka dengan kehadiran Ahmad dan bersama Paiman dia merancang supaya dapat mengeluarkan Ahmad dari Negara Mesir. Dengan menggunakan keris hikmat peninggalan ayahnya, Ahmad berjaya juga menikam Jin yang menganggu Puteri Nilam dan dengan itu terselamatlah puteri tersebut dari angkara Jin.
 
Apabila berjaya memulihkan puteri Sultan itu, barulah Ahmad mengetahui Dilara yang dicintainya sebenarnya Puteri Nilam. Dan walaupun dihadiahkan setengah daripada Kerajaan Mesir dan bakal berkahwin dengan Puteri Nilam, namun kerana menurut pendapat Pendita, sesiapa yang boleh mendapatkan batu nilam barulah boleh dijodohkan dengan puteri itu. Oleh yang demikian terpaksalah Ahmad mematuhinya dan meminta tempoh sebulan bagi memperolehi batu nilam itu.
 
Dalam perjalanan, Ahmad yang ditemani Jaiman telah bertemu dengan Pendita (dialah yang telah memberikan keris hikmat kepada ayah Ahmad). Oleh kerana begitu kuat semangatnya untuk mendapatkan batu nilam, Ahmad diberi oleh Pendita tersebut kuda yang boleh terbang supaya dia dan Jaiman boleh terbang bagi mempercepatkan mereka sampai ke gua di mana batu nilam itu tersembunyi.
 
Setelah menghadapi berbagai halangan dan rintangan serta dibantu pula keris hikmatnya, akhirnya Ahmad dan Jaiman berjaya memperolehi batu nilam yang diperlukan itu. Malah bukan itu saja, mereka juga memiliki tali pinggang hikmat yang bila seseorang memakainya menjadikannya hilang dari pandangan mata manusia.
 
Di istana pula, Sultan yang telah dipengaruhi oleh Datuk Menteri Besar dengan menyatakan Ahmad mustahil boleh mendapatkan batu nilam hikmat itu, mengambil keputusan mengahwinkan Puteri Nilam dengan Rashid.
 
Ahmad, bila sampai di Mesir, menggunakan tali pinggang hikmatnya untuk mempermain-mainkan Datuk Menteri Besar, Rashid dan Paiman yang mana ini telah menyebabkan keadaan dalam istana huru hara di samping pernikahan Puteri Nilam dengan Rashid terbantut.
 
Begitu pun juga, ketika Ahmad sedang tidur, Paiman bertindak mencuri keris dan tali pinggang hikmatnya dan seterusnya mencungkil mata Ahmad menjadikannya buta dan kemudian membawanya ke dalam hutan untuk dibunuh dengan memenggal kepalanya. Tetapi Paiman gagal, kerana sebelum sempat dia dan orang-orangnya berbuat demikian, mereka ketakutan bila terdengar ngauman singa.
 
Ahmad kemudian diselamatkan oleh seorang peniaga dan kemudian menjualkannya sebagai hamba dan dikerah bekerja sebagai buruh memecah batu bata. Ketiadaan Ahmad, Datuk Menteri Besar telah menderhaka apabila dia memaksa Sultan menikahkan juga Puteri Nilam dengan anaknya, Rashid. Sultan enggan, kerana itu Datuk Menteri Besar bertindak merampas kuasa dan Sultan dipenjarakannya.
 
Keris dan tali pinggang hikmat kini dimiliki Rashid dan ini membuatkannya terus memujuk Puteri Nilam berkahwin dengannya. Oleh kerana mahukan keris dan tali pinggang hikmat itu, Puteri Nilam berpura-pura mencintai Rashid. Kerana terpedaya lalu Rashid menyerahkan keris dan tali pinggang hikmat itu dan dengan muslihat tersebut Puteri Nilam pun menghilangkan diri tetapi malangnya dia terperangkap pula dalam penjara.
 
Ditempat pecah batu bata, Ahmad diselamatkan oleh ibunya (di datangkan dengan kuasa ghaib ke Mesir oleh Pendita) dan Jaiman setelah membayar harga Ahmad dengan wang. Dan ketika dalam perjalanan pulang, Ahmad terjumpa keris dan tali pinggang hikmatnya semula setelah dicampak benda tersebut keluar oleh Puteri Nilam dari penjara dimana tempat dia dikurung.
 
Setelah ayahanda diseksa, akhirnya Puteri Nilam mengalah dan bersetuju menurut kehendak Datuk Menteri Besar untuk berkahwin dengan Rashid, manakala Ahmad yang cuba membunuh diri dengan keris hikmatnya diselamatkan oleh Pendita dan terus mengubati matanya yang buta sehingga dia boleh melihat kembali.
 
Dengan menghilangkan diri, Ahmad menghuru-harakan istana bagi menyelamatkan Puteri Nilam dan Sultan serta menewaskan Datuk Menteri Besar, Rashid, Paiman serta pengikut-pengikutnya yang menderhaka yang mana akhirnya semua mereka menerima hukuman.
 
Ahmad akhirnya dapat juga berkahwin dengan Puteri Nilam dan mereka seterusnya hidup dalam aman dan bahagia.
 
==Pelakon==