Miskin (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jufert (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 28:
 
==Ringkasan==
Jamilah, anak orang kaya (Yusof) yang lebih memandang kepada wang dan harta telah jatuh cinta kepada Kamil (teman sekolahnya) yang bekerja sebagai pencuci kereta ayahnya. Percintaan Jamilah dan Kamil yang tidak mengenal darjat dan harta menyebabkan atap rumah tempat Kamil dan ibunya (Rokiah) menumpang dibuang atas arahan Yusof dan tidak diperbaiki kemudiannya.
Seorang anak orang kaya, [[Rosnani Jamil|Jamilah]] telah jatuh cinta dengan [[P.Ramlee|Kamil]] yang merupakan bekas rakan sekolahnya. Apabila rumah Kamil dirosakkan oleh Yusof, bapa Jamilah yang ingin menghalau Kamil dari rumah yang ditumpangnya, Jamilah telah menyerahkan barang kemasnya untuk membantu. Anak saudara Yusof, Zakaria telah mengadu, Kamil merampas barang kemas Jamilah. Kemudian lihatlah apa yang akan berlaku.....
 
Jamilah kerana cintanya terhadap Kamil sanggup berkorban dan dia bertindak menyerahkan barang kemasnya kepada Kamil untuk digadai supaya rumah yang usang dan tidak beratap itu dapat diperbaiki.
 
Zakaria, anak saudara Yusof, nampak Jamilah menyerahkan barang kemasnya itu disampaikan hal tersebut kepada Yusof dan menambah cerita kononnya Kamil telah merampas barang-barang emas daripada Jamilah. Akibat itu, Kamil ditangkap dan dibawa ke Balai Polis.
 
Tetapi bagaimanapun, Jamilah mempertahankan Kamil dan menyatakan kedudukan sebenarnya bahawa barang-barang kemas kepunyaan itu diserahkan kepada Kamil dengan keikhlasannya dan dengan itu Kamil pun dibebaskan.
 
Oleh kerana tidak puas hati, Yusof menyuruh orang-orangnya membakar pondok tempat tinggal Kamil dan ibunya, dan kerana tiada tempat berteduh Kamil dan ibunya telah dibawa oleh guru besarnya untuk tinggal bersamanya.
 
Kamil merupakan seorang pelajar yang cergas otaknya dan dalam peperiksaan akhir dia telah mendapat keputusan yang sangat baik dan ini membolehkannya melanjutkan pelajaran kedoktorannya ke London dengan mendapat tajaan dari Pejabat Pelajaran.
 
Dalam pada itu, kedudukan Yusof mula terjejas apabila dia telah ditipu oleh broker-broker dalam pasaran saham di mana akibatnya dia terus jatuh miskin. Kamil sebaliknya pula, kembali ke tanah air membawa kejayaan dan terkenal sebagai seorang doktor yang baik hati.
 
Kamil tidak melupakan budi baik Jamilah dan berhasrat membalasnya dan sebelum berangkat ke England dulu Kamil telah berjanji dengan Jamilah dan menyatakan untuk hidup bersama Jamilah. Dia terpaksa meningkatkan darjat dirinya terlebih dulu setaraf dengan kedudukan orang tuanya.
 
Sepeninggalan Kamil melanjutkan pelajarannya di London, Jamilah telah dipinang oleh keluarga berketurunan Tengku. Dan dalam satu majlis untuk mengisytiharkan pertunangan antara Tengku itu dengan Jamilah, Kamil muncul tetapi malangnya Kamil telah dihalau oleh Orang Kaya Yusof.
 
Sedang majlis tersebut mahu dimulakan, Yusof telah mendapat panggilan telefon daripada rakan perkongsiannya yang menyatakan perniagaannya rugi dan dia terpaksa menanggung banyak hutang yang menyebabkan rumah besarnya terpaksa dilelong.
 
Akibat dari kejadian tersebut menyebabkan Yusof jatuh bankrap dan dia bersama keluarganya pindah tinggal di rumah orang gajinya yang setia di samping dia pula mengalami sakit otak dan hampir-hampir gila.
 
Bagi mengubati ayahnya itu, Jamilah telah pergi ke hospital untuk menemui doktor yang boleh mengubati penyakit ayahnya.
 
Dengan tidak disangka-sangka Jamilah mendapati doktor yang sedang berkhidmat di hospital tersebut ialah Kamil. Dan sebagai seorang yang baik budi dan disamping ingin membalas budi Jamilah, Kamil memberi pertolongan dan membawa keluarga usof yang telah jatuh miskin itu ke rumahnya sendiri.
 
Apabila Yusof sembuh, dia meminta maaf kepada Kamil atas perbuatan buruknya terhadap Kamil dan kemudian Kamil menjadi salah seorang keluarga Yusof apabila dia diterima berkahwin dengan Jamilah.
 
==Pelakon==