Langkasuka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 118.101.8.1 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Smim90
Smim90 (bincang | sumb.)
tambahi maklumat
Baris 1:
{{Sejarah Malaysia}}
'''Langkasuka''' atau juga dikenali sebagai ''Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu'' (China), ''Langasyuka'' (Arab) dan ''Ilangasoka'' (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di kawasanpantai yangtimur dikenaliSemenanjung sebagaiTanah Melayu antara Senggora ([[PattaniSongkhla]]) (dahulunyadan Kedah)[[Kelantan]] itu adalah lokasi asal negeri [[Patani]]. Langkasuka ialah sebuah kerajaan [[Hindu]] [[Melayu]] silam yang terletak di [[Semenanjung MalaysiaTanah Melayu]]. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan [[Kedah Tua]] berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di [[Tanah Melayu]]. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihiMasihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di [[Kedah]], dan kemudian berpindah ke [[Pattani]]. DipercayaiPersoalan bahawabagaimana [[Langkawi]]Langkasuka mendapatbertukar namanyamenjadi daripadaPatani perkataanmasih Langkasuka.belum Sumber-sumberdapat sejarahdipastikan tidakoleh banyakpara tetapi mengikut satu rekodpengkaji sejarah [[Dinastikerana Liang]]tidak [[China]]ada (500sebarang M)cacatan merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu"sejarah yang diasaskanjelas pada kurun pertama masihimengenainya.
 
Dipercayai bahawa [[Langkawi]] mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah [[Dinasti Liang]] [[China]] (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan [[Jawa]], sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu ''Lang-ya-hsiu'' atau ''Lang-chia-shu''. Pada tahun [[515|515 M]] Raja [[Bhagadatta]] menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun [[523]], [[531]] dan [[568]] masihiMasihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan [[Srivijaya]] dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan [[Kerajaan Pattani]].
 
Pada tahun [[1963]], Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan [[Tambralinga]]. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "''The Naga King's Daughter''", terbitan Antara Books.
 
==Patani dan Langkasuka==
Negeri [[Patani]] memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti [[Melaka]], [[Johor]] dan [[Selangor]]. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh [[Hindu]]-[[India]] bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di ''Prince of Songkla University'' di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
 
Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
 
Dalam buku sejarah negeri Kedah, [[Hikayat Merong Mahawangsa]], ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani. Dakwaan menurut [[Kakawin Nagarakretagama]], Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.
 
Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami [[Tanah Melayu]]. Kemudian berdatangan pedagang [[Arab]] dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
 
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masihiMasihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masihiMasihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.{{fact}}
 
Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh. Namun begitu, persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
 
==Rujukan dan pautan akademik==
* [http://www.ukm.my/penerbit/patani.pdf Nik Anuar Nik Mahmud, Penerbitan UKM, Bab 1 Kerajaan Melayu Pattani, Sejarah Perjungan Melayu Patani 1785-1954.]
 
[[Kategori:Sejarah Malaysia]]