Transmisi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{otheruses}} thumb|300px|Kotak gear 5 kelajuan + undur dari 1600 Volkswagen Golf (2009). Sesebuah jentera terdiri daripada sumber...'
 
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 10:
 
Transmisi gear/sawat yang biasa bukan satu-satunya mekanimse penyesuaian kelajuan/tork. Antara mekanisme yang lain termasuk [[penukar tork]] dan transformasi kuasa (cth., [[transmisi diesel-elektrik]], [[sistem pacuan hidraulik]], dsb.). Juga wujudnya konfigurasi gabungan satu atau lebih mekanisme.
==Penjelasan==
{{transmission types}}
[[File:Interior_view_Pantigo_Windmill_East_Hampton_Suffolk_County_New York.jpg|thumb|left|Pemandangan dalam Kincir Angin Pantigo, memandang ke atas hingga penutup dari lantai -- rak penutup, roda brek, brek dan wallower. Kincir Angin Pantigo terletak di James Lane, East Hampton, Suffolk County, Long Island, New York.]]
Antara sistem-sistem transmisi terawal ialah pacuan sudut tegak dan sistem gear yang seumpamanya dalam [[kincir angin]], peranti kuasa [[kuda]], dan [[enjin wap]], yang menyokong kerja [[pam]], [[kincir]], dan [[pesawat angkat]].
 
Kebanyakan kotak gear moden digunakan untuk meningkatkan [[tork]] sambil mengurangkan kelajuan aci keluaran penggerak utama (cth. aci engkol motor). Ini bermakna aci keluaran kotak gear akan berputar pada kadar yang lebih perlahan daripada aci masukan, maka pengurangan kelajuan ini akan menghasilkan [[kelebihan mekanik]] untuk menyebabkan bertambahnya tork. Kotak gear boleh dilaraskan untuk melakukan yang sebaliknya iaitu menjadikan peningkatan kelajuan aci dengan pengurangan tork. Sesetengah kotak gear yang paling ringkas sekadar mengubah arah fizikal transmisi kuasa.
 
Kebanyakan transmisi [[kereta]] yang biasa dilengkapi dengan keupayaan untuk memilih satu daripada beberapa [[nisbah gear]] yang berbeza. Untuk ini, kebanyakan nisbah gear digunakan untuk memerlahankan kelajuan keluaran enjin serta meningkatkan tork. Bagaimanapun, gear-gear yang tertinggi mungkin merupakan jenis "[[pacu lebih]]" yang meningkatkan kelajuan keluaran.
 
==Lihat juga==
*[[Pacuan rantai]]
*[[Transmisi hidraulik]]
 
==Rujukan==
{{reflist}}