Manuel Roxas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Master2841 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:
Dia dipilih menjadi pegawai perantara di antara kerajaan Komanwel dan Tentera Amerika Syarikat di Timur Jauh yang diketuai oleh Jeneral [[Douglas MacArthur]]. Dia menemani Presiden Quezon ke [[Corregidor]] yang mana dia menyelia pemusnahan mata wang Filipina bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan pihak Jepun. Apabila Quezon meninggalkan Corregidor, Roxas berlepas ke Mindanao untuk mengetuai pasukan penentangan di sana. Dia dipilih menjadi pengganti Presiden kerana bimbang akan tertangkapnya Quezon atau Naib Presiden [[Sergio Osmeña]]. Roxas ditangkap oleh pasukan tentera [[Jepun]] pada tahun [[1942]]. Selepas dipenjarakan buat beberapa ketika, dia dibawa ke [[Manila]] untuk menandatangani Perlembagaan yang ditaja Jepun bagi penubuhan Republik Filipina. Dia diberi tanggungjawab terhadap polisi ekonomi di bawah kerajaan pimpinan [[Jose P. Laurel]]. Pada masa itu juga beliau berkhidmat sebagai ejen perisikan kepada pasukan gerila Filipina. Pada tahun [[1944]] dia ditangkap ketika cuba melarikan diri ke kawasan yang dikuasai pihak Bersekutu. Kepulangan tentera [[Amerika Syarikat]] ke Filipina menyebabkan dia ditahan dan dituduh menjadi tali barut pihak Jepun. Selepas peperangan tamat, Jeneral [[Douglas MacArthur]] membebaskan beliau daripada segala tuduhan dan menjadikan dia pengawai perantara bagi pihak tentera Amerika.
 
Apabila Kongres Filipina bersidang pada tahun 1945, mereka memilih Roxas sebagai Presiden Senat. Semasa Pilihan Raya Umum tahun 1946, Roxas bertanding sebagai calon bagi [[Parti Liberal]] dengan sokongan kuat Jeneral MacArthur. Lawannya ialah [[Sergio Osmeña]], yang enggan menjalankan sebarang kempen atas alasan rakyat Filipina tahu akan reputasinya. Walau bagaimanapun, semasa pilihan raya yang berlangsung pada [[23 April]] [[1946]] Roxas memenangi 54 peratus daripada jumlah undi, dan Parti Liberal memenangi majoriti dalam badan perundangan. Apabila kemerdekaan Filipina diiktiraf Amerika Syarikat pada [[4 Julai]] [[1946]], dia menjadi presiden pertama republik baru.
 
==Presiden==