Pertempuran Jambatan Gemencheh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pertempuran Jambatan Gemencheh''' adalah satu pertempuran di antara askar-askar [[Australia]] dengan Askaraskar [[Jepun]] semasa [[Perang Dunia II]]. Semasa [[Pertempuran Malaya]], satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan Gemencheh berhampiran Gemas. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar Australia bertembung dengan askar-askar Jepun.
 
Askar-askar dari Batalion 2/30 Infantri dari Divisyen ke-8, Tentera Imperial Australia dihantar untuk menentang kemaraan askar-askar Jepun dari arah [[Kuala Lumpur]]. Batalion 2/30 infantri Australia di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan.
 
Leftenan Kolonel "Black Jack" Galleghan. Memilihmemilih untuk menyerang hendap pasukan Jepun di Jambatan Gemencheh yang menghubungkan bandar [[Gemas]] dan [[Tampin]]. Pasukan Jepun telah mara melewati [[Tampin]] dan perlu menyeberangi jambatan tersebut untuk sampai ke [[Gemas]].
 
Pada [[14 Januari]] [[1942]], Kompeni B dari batalion 2/30 Infantri Australia melancarkan satu serang hendap ke atas pasukan askar-askar Jepun untuk menahan kemaraan mereka arah ke selatan. Semasa pasukan Jepun itu melepasi kawasan [[serang hendap]], jambatan itu diletupkan. Pertempuran berterusan selama dua hari. Setelah dua hari bertempur, pasukan askar Australia berundur melalui [[Gemas]] ke Estet Fort Rose.