Pertempuran Laut Jawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Laman baru: Pertempuran Laut Jawa adalah satu pertempuran laut semasa Perang Dunia II melibatkan satu armada kapal perang Tentera Berikat dengan kapal-kapal Tentera Laut Imperial Jepun. Pert...
 
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
==Latar Belakang==
 
[[image:USS Houston.jpg|thumb|right|USS Houston]]
[[image:Battle of Java Sea - HMS Exeter under Attack.jpg|thumb|right|HMS Exeter Melalui Bedilan Dari Pasukan Jepun Semasa Pertempuran laut Jawa]]
 
Penaklukan jajahan Belanda di [[Hindia-Belanda]] dilaksanakan dengan begitu pesat sebagai lanjutan kepada [[Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu |Penaklukan Semenanjung Tanah Melayu]] dan Singapura (Disember 1941 – Februari 1942). Pasukan Tentera Jepun menggunakan kedudukan mereka di kepulauan Palau untuk menawan pangkalan-pangkalan tentera di [[Sarawak]] dan [[Filipina]] Selatan. Tentera Jepun telah juga menawan pangkalan di bahagian timur pulau [[Borneo]] dan bahagian utara [[Pulau Sualwesi]]. Daripada pangkalan-pangkalan yang ditawan itu Tentera Jepun menerbangkan pesawat udara untuk memberikan penguasaan udara membolehkan [[konvoi]] [[kapal pembawa askar]] dengan perlindungan diberikan oleh kapal [[kruiser]] dan [[kapal pembinasa]] melalui [[Selat Makassar]] menuju ke [[Laut Maluku]].
Baris 26 ⟶ 29:
 
Keadaan kini getir untuk Tentera Berikat – Singapura sudah tewas dan garisonnya menyerah kalah dan ramai askar-askar Komanwel menjadi tawanan perang. Pasukan Tentera Laut ABDA pula tidak bersatu, dengan kapal-kapal daripada 4 negara berlainan, dan anggota-anggotanya mempunyai moral rendah disebabkan serangan udara yang berterusan oleh pasukan Jepun. Penyelarasan di kalangan kapal-kapal 4 negara berkenaan juga hampir tidak wujud.
 
[[Image:Doorman, KWFM.jpg|thumb|right|Laksamana Karel Doorman]]
 
Satu pasukan amfibi Tentera Jepun sedang berkumpul untuk persediaan penaklukan Pulau Jawa. Pada 27 Februari 1942, pasukan laut ABDA di bawah pemerintahan [[Karel Doorman]] belayar dari [[Surabaya]] untuk memintas pasukan amfibi Jepun tersebut yang belayar melalui [[Selat Makassar]].
 
==Pasukan Terlibat==
 
[[image;Leichter Kreuzer Jintsu.jpg|thumb|right|krusier Jepun Jintsu]]
 
Pasukan ABDA terdiri daripada 2 buah [[kruiser]] berat ([[HMS Exeter]], USS Houston) dan 3 buah kapal kruiser ringan (HNLMS De Ruyter (kapal Laksamana Doorman), HNLMS Java, HMAS Perth) dan sembilan buah kapal pembinasa (HMS Electra, HMS Encounter, HMS Jupiter, HNLMS Kortenaer, HNLMS Witte de With, USS Alden, USS John D. Edwards, USS John D. Ford, USS Pope and USS Paul Jones).
 
Kumpulan kapal amfibi Jepun diberikan perlindungan oleh psukan kapl perang Jepun yang agak kuat terdiri dari 2 buah kapal [[kruiser]] berat (IJNS Nachi dan IJNS Haguro), dua buah kapal [[kruiser]] ringan (IJNS Naka, IJNS Jintsu) dan 14 buah kapal pembinasa (IJNS Yudachi, IJNS Samidare, IJNS Murasame, IJNS Harusame, IJNS Minegumo, IJNS Asagumo, IJNS Yukikaze, IJNS Tokitsukaze, IJNS Amatsukaze, IJNS Hatsukaze, IJNS Yamakaze, IJNS Kawakaze, IJNS Sazanami, dan IJNS Ushio). Kumpulan ini diperintah oleh Laksamana Muda Shoji Nishimura.
 
Kapal kruiser Jepun dilengkapkan dengan persenjataan yang lebih berat berbanding dengan kapal-kapal Tentera Berikat dengan 10 laras meriam 8 inci (203 mm) berbanding dengan 6 laras yang dibawa oleh [[HMS Exeter]]. Walaupun HMS Houston mempunyai 9 laras meriam 8 inci, hanya 6 laras boleh digunakan kerana turet belakangnya telah kerosakan semasa serangan udara Tentera Jepun dalam [[Pertempuran Makassar]].
 
==Pertempuran==
 
Pasukan ABDA bertembung dengan pasukan Jepun di laut Jawa, dan pertempuran berlangsung dari tengah hari sehingga tengah malam. Pasukan Tentera Berikat cuba menghampiri dan menyerang kapal pembawa askar pasukan amfibi penaklukan tetapi dihalang oleh pasukan perlindungan kapal-kapal Tentera Laut Jepun. Kuasa tembakan Tentera Jepun memaksa pasukan ABDA berpatah balik.
 
Pada waktu siang, pasukan Tentera Berikat [[ABDA]] mempunyai penguasaan udara kerana kapal terbang Jepun tidak dapat memberikan perlindungan kepada kapal-kapal Jepun disebabkan keadaan cuaca buruk. Tetapi keadaan cuaca yang buruk ini juga menjejaskan peralatan komunikasi pihak [[ABDA]] di antara pihak-pihak terlibat – unit-unit yang terlibat dalam tugasan peninjauan, unit-unit yang memberikan perlindungan udara – dengan markas ABDA. Ini mengeruhkan lagi kelemahan penyelarasan yang sudah sedia menjadi masalah. Keadaan bertambah buruk dengan kegiatan penyesakan radio. Hanya sebuah kapal, HMS Exeter dilengkapkan dengan [[radar]], pada ketika itu satu teknologi baru muncul.
 
[[Image:Battle of Java Sea - Newspaper.jpg|thumb|right|Tajuk Akhbar di Los Angeles Evening Herald and Express pada 14 Mac , 1942]]
 
Semasa pertempuran, kedua-dua pihak tidak menunjukkan kebolehan menembak [[meriam]] dan [[torpedo]] dengan tepat. Pihak Jepun melepaskan 1,271 butir peluru 8-inci tetapi hanya 5 butir sahaja yang mengenai sasaran. Walaupun demikian, [[HMS Exeter]] mengalami kerosakan teruk apabila bilik dandangnya terkena peluru meriam 8 inci. [[HMS Exeter]] kemudiannya beredar dengan diiringi kapal HNLMS Witte de With.
 
HNLMS Kortenaer terbelah dua dan tenggelam dengan cepat akibat terkena tempbakan torpedo. HMS Electra, yang memberikan perlindungan kepada [[HMS Exeter]] bertembak-tembakan dengan IJNS Jintsu dan IJNS Asagumo, dan berjaya menegani kapal-kapal berkenaan tetapi dirinya sendiri mengalami kerosakan teruk kepada superstrukturnya. Api semarak menyala di atas kapal HMS Electra, dan turet meriamnya kehabisan peluru. Melihatkan keadaan ini, perintah diberikan untuk anak-anak kapalnya meninggalkan kapal itu. Di pihak Tentera Jepun, hanya IJNS Asagumo terpaksa beredar daripada pertempuran akibat kerosakan teruk. Kapal-kapal HNLMS De Ruyter, HNLMS Java dan HMS Jupiter tenggelam akibat tembakan torpedo. HNLMS Doorman juga tenggelam bersama-sama HNLMS De Ruyter.
 
HMS Exeter yang mengalami kerosakan teruk belayar ke [[Selat Sunda]] dengan diiringi HMS Encounter dan USS Pope. Tetapi ketiga-tiga buah kapal ini dipintas dna ditenggelamkan oleh kapal kruiser IJNS Nachi and IJNS Haguro pada pagi 11 MAC 1942. Empat buah kapal pembinasa yang lain melarikan diri tanpa menunggu arahan daripada ABDA.
 
Kapal pembawa pesawat terbang [[USS Langley]] yang membawa 32 buah kapal terbang [[P-40]] Tentera Udara Amerika Syarikat dibom oleh kapal terbang Tentera Laut Jepun 75 batu di selatan Tjilatjap, dan mengalami kerosakan teruk. Kapal ini kemudiannya tenggelam ditembak oleh USS Whipple (DD-217).
 
==Kesan==
 
Akibat kekalahan ini, Markas ABDA tidak berupaya menyekati kemaraan pasukan penaklukan Jepun yang hendak menakluki Pulau Jawa. Pada 1 Mac 1942, pasukan tentera penaklukan Pulau jawa berlabuh di laur pantai Kragan dan menurunkan askar-askar dari Divisyen ke-48 Infantri. Selepas beberapa pertempuran pihak Belanda menyerah diri pada 9 Mac 1942.
 
==Rujukan==
* David Arthur Thomas: ''Battle of the Java Sea.'' André Deutsch, London 1968, ISBN 0233960724
* F. C. van Oosten: ''The Battle of the Java Sea.'' Sea battles in close-up. Bd 15. Naval Institute Press, Annapolis 1976, ISBN 0870219111
* Hugh M. Heckman: ''Java Sea - Allied debacle.''