Pertempuran Laut Jawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Baris 14:
==Latar Belakang ==
 
Pada 23 Januari 1942, satu skuadron [[kapal pembinasa]] [[Amerika Syarikat]] membuat serangan ke atas sebuah [[konvoi]] di [[Selat Makassar]] apabila konvoi berkenaan menghampiri [[Balikpapan]] di [[Borneo]]. Dalam pertempuran dikenali sebagai [[Pertempuran Balikpapan (1942)|Pertempuran Balikpapan]] ini, skuadron [[kapal pembinasa]] yang terdiri dari USS Paul Jones, USS Parrott, USS Pope dan USS John D. Ford membuat serangan ke atas 12 buah kapal pembawa askar. 3 buah kapal Jepun (Kuretake Maru, Sumanoura Maru, Tatsukami Maru) dan sebuah bot peronda (P-37) dapat ditenggelamkan oleh kapal-kapal Amerika tersebut dengan serangan [[torpedo]]. Walau bagaimanapun, kebanyakan [[torpedo]] yang dilancarkan tidak meletup. Oleh kerana serangan ini dilancarkan lewat, serangan ini tidak dapat menyangkal penawanan [[Balikpapan]] oleh Tentera Jepun.
 
Pada [[13 Februari]] [[1942]], kumpulan Tentera Berikat tewas semasa [[Pertempuran Palembang]] dan gagal dalam percubaan mereka hendak menyekat hasrat Tentera Jepun menguasai Palembang dengan pelabuhan dan kemudahan minyak dan [[petroleum]].