Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46:
Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Objektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.
 
===Lembaga Lada Malaysia===
Lembaga Lada Malaysia (MPB) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 dan dilancarkan pada 1 Januari 2007 untuk mengawal selia, mempromosi dan menigkatkan pasaran lada dan produk tambah nilai lada. Pihak Lembaga juga akan terus berusaha memodenkan, meningkatkan kecekapan dan daya saing industri lada di malaysia di samping memperbaiki sosio-ekonomi dan kesejahteraan penanam lada.
 
Manakala majlis-majlis yang berada di bawah MPIC adalah
 
*Majlis Minyak Sawit Malaysia (''Malaysian Palm Oil Council - singkatan: MPOC'')
 
*Majlis Mempromosikan Eksport Getah Malaysia (''Malaysian Rubber Export Promotion Council)
[[Kategori:Kementerian Malaysia|Perusahaan Perladangan]]