Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tamizi ts (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tamizi ts (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II''',atau lebih dikenali sebagai '''Sultan Ahmad Tajuddin''',merupakan Sultan Brunei Darussalam ke-27 dan memerintah [[Brunei]] dari tahun 1924 hingga 1950.
 
Pada 1924, naik takhta dalam usia 11 tahun,menggantikan Almarhum ayahanda beliau,Sultan Muhammad Jamalul Alam II yang mangkat akibat serangan malaria.Namun begitu,oleh kerana baginda masih terlalu muda,kuasa pemerintahan terletak pada Majlis Pemangku Raja dari 1924 hingga ke 1931.Pada 1927, baginda merasmikan pembukaan jalan raya Brunei - [[Tutong]].Pada tahun 1929, baginda merasmikan pembukaan Hospital Bandar Brunei. Tahun yang sama minyak mula ditemui di [[Seria]].
 
Pada 1932,setahun selepas Majlis Pemangku Raja menyerahkan kembali kuasa pemerintahan kepada baginda,beliau berangkat melawat [[England]] dan [[Eropah]].Pada 1941, Jepun menduduki Brunei. Pada 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei.Selepas itu, pada 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh Awang Besar Sagap, senikatanya oleh Yura Halim.Kemudian pada 1946, baginda mengambilalih kuasa memerintah daripada British Military Administration (B.M.A).
 
Pada 1949, baginda menyambut sambutan Jubli Perak dan bersempena dengan sambutan tersebut,Kerajaan British mengurniakan baginda dengan darjah KCMG. Baginda mangkat pada tahun 1950,pada usia 37.