Suku Betawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
|related=[[Suku Jawa|Jawa]], [[Suku Sunda|Sunda]], dan [[Orang Melayu|Melayu]]
}}
'''Suku Betawi''' sebenarnya termasuk dalam kategori pendatang baru di Jakarta. Kelompok etnik ini lahir dari pelbagai kelompok etnis lain yang sudah lebih dulu hidup di [[Jakarta]], seperti orang Sunda, Jawa, Arab, Cina, Bali, Sumbawa, Ambon, dan Melayu. Ahli Antropologi Universiti Indonesia, Dr Yasmine Zaki Shahab MA menaksir, etnik Betawi baru terbentuk sekitar seabad lalu, antara tahun 1815-1893.
 
Sifat campur-aduk dalam dialek Betawi adalah dipengaruhi kebudayaan Betawi secara umum, yang merupakan hasil perkahwinan berbagai budaya yang berasal dari daerah-daerah lain di Nusantara dan juga kebudayaan asing. Dalam bidang kesenian, misalnya, orang Betawi memiliki seni Gambang Kromong yang berasal dari seni muzik Cina, tetapi juga ada Rebana yang berasal dari tradisi muzik Arab, Keroncong Tugu dengan latar belakang Portugis-Arab,dan Tanjidor yang berlatar belakangkan Belanda.