Bahasa kebangsaan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pekwan (bincang | sumb.)
Laman baru: Setiap negara yang merdeka memerlukan sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Selepas negara kita merdeka pada tahun 1957, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa keb...
 
Pekwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Setiap negara yang merdeka memerlukan sebuah bahasa kebangsaan yang melambangkan identiti negaranya. Selepas negara kita merdeka pada tahun 1957, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 152. Dengan ini jelaslah bahawa dasar Bahasa Kebangsaan adalah terkandung dalam perlembagaan Malaysia iaitu:
 
*[[Perkara 152 Perlembagaan Malaysia]]
*[[Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 (disemak 1971)]]
*[[Pemberuitahuan Undang-Undang No. 410 Tahun 1967]]
 
Pemilihan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan bagi memelihara kepentingan kebangsaan. Di samping itu, keperluan bahasa kebangsaan juga bertujuan untuk menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Dengan pemilihan ini bangsa Malaysia dapat menunjukkan ketaatan kepada bangsa (language loyalty) dan rasa megah kerana bahasa sendiri menjadi bahasa utama negara.
 
Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia dilakukan secara sistematis dan tegas hanya sejak tahun 1970. Saluran perlaksanaan yang paling penting dan berpengaruh adalah melalui sistem persekolahan. Sejak itu perkembangan bahasa melayu semakin pesat dan mantap.