Keropok lekor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 203.82.87.249 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
 
Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai [[keropok keping]]. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan [[sos cili]].
 
== Gambar ==
<gallery>
Fail:YosriKerepokGorengCelupTepung.jpg|Kerepok lekor yang telah dipotong-potong dan dicelup tepung sebelum digoreng.
</gallery>
 
== Resipi ==
===Bahan-bahan===
# 1 kg [[ikan Parang]]/[[ikan Kembong|Kembong]]
# 500 g [[tepung sagu]]/ [[tepung kanji]]
# [[garam]] secukupnya
# 125 ml [[air]]
# sedikit ketulan [[air batu]]
 
===Cara penyediaan===
Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
 
Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah [[cuka]] kerepok (sos lada). Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali [[Monosodium_glutamat|MSG]] boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.
 
== Pautan luar ==
* [http://www.dof.gov.my/produk/keropok Jabatan Perikanan Malaysia - KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING.]
 
[[Kategori:Masakan Malaysia]]