[[Image:Handicraftdelhi.jpg|right|thumb|250px|Sebuah kedai kraftangan di Delhi, India.]]
'''Kraftangan''' ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil [[pengeluaran besar-besaran]] atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.