Sultan Muhammad I: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Nama asal baginda Long Muhammad. Baginda merupakan putera ke-6 [[Long Yunus bin Long Sulaiman|Sultan Long Yunus]] dan tidak mempunyai anak (digelar Marhum Mandul).
Nama asal baginda Long Muhammad. Baginda merupakan putera ke-6 [[Long Yunus bin Long Sulaiman|Sultan Long Yunus]] dan tidak mempunyai anak (digelar Marhum Mandul). Semasa pemerintahannya, baginda melantik adindanya iaitu Long Ismail sebagai Raja Muda tetapi adindanya mangkat terlebih dahulu daripada baginda. Putera adindanya iaitu Long Muhammad (Tuan Besar) ditabal oleh [[Siam]] menaiki takhta kerajaan [[Patani]] dengan gelaran Tuanku Luang Phraya Prakdi Muhammad dan memulakan dinasti Kelantan di [[Pattani]] bagi menggantikan [[Kerajaan Patani|Dinastu Hulu]] yang ketiadaan waris lelaki. Kelantan menjadi huru-hara selepas kemangkatan baginda akibat perebutan takhta. [[Siam]] telah campur tangan dengan melantik anak saudara baginda iaitu [[Sultan Muhammad II|Long Senik Mulut Merah]] sebagai Sultan dan adinda baginda Long Jenal sebagai Yamtuan Muda Kelantan
 
==Pembebasan Kelantan dari Pengaruh Terengganu==
Kuasa Terengganu memain peranan penting di Kelantan semenjak Long Yunus meminta bantuan ketenteraan dari Sultan Terengganu untuk menyatukan Kelantan dan mententeramkan huru-hara diantara Kerajaan Kubang Labu (Kelantan Barat), Kerajaan Pengkalan Datu (Kelantan Timur) dan Kerajaan Legeh (Jeli dan Rangae di [[Narathiwat]] sekarang). Long Yunus juga telah mengahwini penari gamelan bernama Inche Tuan Jumat puteri kepada Yang Di-Pertuan Tua Terengganu Engku Tana Wangsa, abang kepada Sultan Mansur Riayat Shah I. Selepas kemangkatan Sultan Long Yunus pada tahun 1795, Kelantan telah dipengaruhi oleh Terengganu apabila Sultan Terengganu, Sultan Mansur Riayat Shah I dengan berani melantik puteranya yang sulung bernama [[Tengku Muhammad]] yang juga merupakan menantu Sultan Long Yunus sebagai Yang Di-Pertuan Muda (Yamtuan Muda) Kelantan dan wakil bagi Sultan Terengganu untuk memerintah Kelantan. Perlantikan Tengku Muhammad juga disokong oleh Raja Patani. Keadaan ini mencetuskan tidak puas hati di kalangan putera-putera Sultan Long Yunus. Long Muhammad yang berundur ke [[Pasir Mas]] telah mendapat bantuan Mandor Mes ketua orang Cina dan bantuan askar dari [[Reman|Kerajaan Reman]] di Hulu Perak untuk menyerang [[Tengku Muhammad]] dan askar Terengganu di Kota Bharu. Terengganu berjaya dikalahkan pada tahun 1800, dan Kelantan membebaskan diri dari pengaruh Terengganu dan bernaung di bawah Siam dengan menghantar bunga emas. Semasa pemerintahannya, baginda melantik adindanya iaitu Long Ismail sebagai Raja Muda. Baginda mangkat pada tahun 1835 dan pemerintahan Kelantan diambil oleh adindanya iaitu Long Jenal (Zainal) yang juga merupakan Raja Bendahara Banggul. Kelantan menjadi huru-hara selepas kemangkatan baginda akibat perebutan takhta diantara Raja Bendahara Banggul Long Jenal, Raja Kampung Laut Long Muhammad (Tuan Besar) dan Long Senik Mulut Merah. [[Siam]] telah campur tangan dengan melantik anak saudara baginda iaitu [[Sultan Muhammad II|Long Senik Mulut Merah]] sebagai Sultan dan adinda baginda Long Jenal sebagai Yamtuan Muda Kelantan. Raja Kampung Laut, Long Muhammad (Tuan Besar) ditabal oleh [[Siam]] menaiki takhta kerajaan [[Patani]] dengan gelaran Tuanku Luang Phraya Prakdi Muhammad dan memulakan dinasti Kelantan di [[Pattani]] bagi menggantikan [[Kerajaan Patani|Dinasti Sri Wangsa]] yang ketiadaan waris lelaki.
 
==Keluarga==