Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Baris 167:
Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat. <ref>http://www.kdsriklang.org/index.php?option=com_k2&view=item&id=104:undang-undang-kemanusiaan-antarabangsa-uuka</ref> ICRC membantu pihak Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan latihannya. Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara.
 
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit Perubatan Tentera di [[Kem Terendak]] <ref>http://www.mrsmkm.edu.my/terendak/</ref>, Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursus-kursus UUKB dan juga menyertai latihan-latihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.
 
===Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri===