Kacang botor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 24:
 
==Penanaman==
Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 [[meter]], pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa yang lain. Ia ialah tumbuhan [[herba]] [[Pokok saka|saka]] dengan tempoh pengeluaran optimum di antara tiga hingga empat tahun, tetapi juga boleh ditumbuhditanam sebagai [[pokok semusim]] mengikut kegunaan penanamannya.
 
Pokok kacang botor merupakan salah satu pokok mengikat [[nitrogen]] yang terbaik, dengan [[penodulan]] dilaksanakan oleh [[Rhizobium]], sejenis [[bakteria]] tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat [[gas]] nitrogen dari [[atmosfera]], pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak [[baja]] nitrogen tetapi masih memerlukan baja lain seperti fosforus dan kalium.
Baris 42:
Pokok kacang botor amat berguna kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan:
* Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepas [[penanaman]].
* Buah yang muda dan lebut dijadikan sayur mentah, digoreng, dibuat kerabut atau jenis makanan lain dan ia mempunyai rasa yang hampir sama dengan pucuk [[Pokok Asparagus|asparagus]].
* Bunga sering digunakan untuk mewarnakan [[beras]] dan [[pastri]].
* Daun muda boleh dimasak sebagai [[sayur daun]] dan rasanya hampir serupa dengan [[Pokok bayam|daun bayam]].
* Ubinya yang mempunyai perisa seperti kacang tanah boleh digunakan sebagai [[sayur berubi]] dan ia hampir serupa dengan [[ubi kentang]]. Akar pokok ini lebih kaya [[protein]] berbanding ubi kentang. Ia amat digemari di Papua New Guinea dan juga amat popular di negara Myanmar sebagai juadah makanan.
* Biji yang masak telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein seperti kacang soya. Biji kacang botor boleh diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum.