Kacang botor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 37:
==Khasiat==
===Kandungan===
[[imej:Psophocarpus tetragonolobus.jpg|thumb|250px|Buah muda kacang botor sedap dibuat ulam.]]
Buah kacang muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan mineral besi, kalsium dan vitamin A. Rangting ubi pula mengandungi 8-10% protein, 30% karbohidrat, banyak fosforus dan kalsium. Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C. Manakala bij masak mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat.<ref>[http://www.healthaliciousness.com/nutritionfacts/nutrition-comparison.php?o=16135&t=11597&h=11599&s=100&e=100&r=100 Maklumat nutrisi biji kacang botor.]</ref> Kandungan asid amino dalam kacang botor seakan-akan kacang soya tetapi kacang botor mengandungi lebih lisin dan leusin. Minyak kacang botor seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak kacang botor adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang botor juga adalah tinggi. Bahan lain dalam minyak kacang botor yang sederhana banyak ialah fosforus, kalsium, zink, sedikit mineral lain, sederhana banyak tiamina dan riboflavin.<ref name="ong">Ong, H.C. (2003) Sayuran: Khasiat Makanan & Ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 9-789676-113900</ref><br/>