Sultan Muhammad II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 5:
Apabila Sultan Muhammad I mangkat baginda tidak mempunyai putera dan hanya mempunyai 2 orang anak angkat iaitu Tengku Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhammad II) dan Tengku Long Bongsu yang kedua-duanya merupakan putera kepada Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan bin Paduka Seri Sultan Long Yunus. Berlaku pertikaian tentang siapa yang berhak mewarisi takhta, dan pihak yang terlibat ialah:
* Raja Bendahara Banggul (Phraya Banggul/Phra Bidaksha) '''Long Jenal''' bin Paduka Seri Sultan Long Yunus, putera paling tua diantara anak Long Yunus yang masih hidup pada waktu itu
* Raja Kampung Laut Long Muhammad ('''Tuan Besar'''/Phra Bandara) bin Raja Muda Ismail, anakputera kepada Raja Muda Kelantan yangLong mangkatIsmail. sebelumRaja Muda Long Ismail mangkat Sultanpada Muhammadtahun I1838.
* '''Long Senik Mulut Merah''' bin Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan (anakputera angkat dan putera saudara Sultan Muhammad I)
Walaupun telah diiktiraf sebagai Sultan oleh Siam, Sultan Muhammad II masih curiga di atas kehadiran Tuan Besar dalam politik Kelantan. Baginda menganggap Tuan Besar sebagai pencabar utama terhadap kedudukannya sebagai Sultan kerana hubungan rapat Tuan Besar dengan Long Jenal, musuh politiknya. Pada pendapat Sultan Muhammad II,selagi Tuan Besar tidak disingkirkan dari Kelantan maka selama itu kedudukan baginda di atas takhta belum kukuh. Justeru, tidaklah hairan Sultan Muhammad II mengetepikan Tuan Besar daripada memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan. Walaupun ada ura-ura untuk melantik Tuan Besar sebagai Raja Bendahara namun tidak ada bukti menunjukkan bahawa jawatan itu pernah ditawarkan kepada Tuan Besar secara rasmi. Sebaliknya, sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Muhammad II, jawatan itu dipegang oleh mereka yang bukan daripada kalangan kerabat diRaja<ref>Rahmat Saripan 1979, 115</ref>. Di samping itu, hak Tuan Besar ke atas Kampung Laut juga dikatakan telah dihapuskan oleh Sultan. Keadaan ini akhirnya mencetuskan penentangan bersenjata secara terbuka di antara Sultan Muhammad II dengan Tuan Besar<ref>http://samuraisyahid.wordpress.com/2007/06/11/sejarah-perjuangan-patani-2/</ref>.