Utusan Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Px-2500-px (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
}}
 
'''Utusan Melayu''' merupakan sebuah [[surat khabar]] yang diedarkan di [[Malaysia]]. Ia berformatkan [[tulisan jawi]]. Utusan Melayu ditubuhkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan sisipan akhbar nasional bagi [[Utusan Malaysia]] yang diedarkan setiap hari Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini adalah bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan.
 
Namun nama Utusan Melayu juga nama akhbar yang diterbitkan pada 1907 oleh penerbit akhbar Inggeris Free Press.Pengarangnya yang pertama ialah [[Mohd Eunos Abdullah]] . Ketika itu Mohd Eunos berusia 31 tahun dalam tahun 1876. Pada 1922, semasa beliau berusia 46 tahun, Mohd. Eunos dilantik sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan Singapura.Beliau adalah anggota Melayu yang pertama di Dewan Perundangan Negeri-Negeri Selat (1924). Mohd. Eunos juga turut menjadi ahli Lembaga Penasihat Islam Singapura.Tahun 1926 Mohd Eunos mengetuai Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Menurut Tan Sri [[Abdul Samad Ismail]], KMS kemudian muncul sebgai pemangkin dan pencetus utama penubuhan pertubuhan-pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu sebelum dan selepas perang dunia kedua sehingga tertubuhnya UMNO pada Mei 1946.
 
==Penubuhan Utusan Melayu==
Mesyuarat pertama untuk menubuhkan Utusan Melayu pada tahun 1938 di rumah Daud Mohd. Shah, presiden KMS ketika itu, dengan kehadiran 20 orang tokoh yang komited dan serius untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai suara tuntutan dan hak-hak Melayu.
 
Kemudian tugas untuk mengkaji kemungkinan untuk menerbitkan Utusan Melayu diserahkan kepada [[Yusoff Ishak]] yang kemudian [[Presiden Republik Singapura]].
 
Abdul Samad Ismail menyatakan bahawa Utusan Melayu tahun 1907 ada hubungan erat dengat Utusan Melayu yang lahir pada 29 Mei 1939. KMS mempelopori gerakan menubuhkan Utusan Melayu pada 29 Mei 1939… Penubuhan Utusan Melayu amat besar ertinya kepada bangsa Melayu seluruhnya. Kelahiran Utusan Melayu adalah puncak kejayaan bangsa Melayu dalam bidang media cetak.KMS 1907 sebagai ibu kandung kepada KMS 1939.
 
==Tokoh awal==
Majlis pelancaran Utusan Melayu diadakan pada 1938.Perjuangannya ialah untuk memartabat dan memperkasakan kedudukan orang Melayu di tanah air mereka yang kian terhimpit.Antara tokoh yang hadir ialah Haji Embok Suluk, Tengku Abdul Kadir, [[Ishak Haji Muhammad]], Haji T.P. Jumaat, Kiai Yunus, Abdul Hamid Haji Isul, Khalil Anuari dan Haji Abbas Taha, Kadi Besar Singapura yang juga seorang wartawan.
 
Setelah Utusan Melayu ditubuhkan, [[Yusoff Ishak]] merekrut [[Abdul Rahim Kajai]] sebagai pengarangnya yang pertama.
 
==Peranan==
Peranan Utusan Melayu ialah membina dan mencorakkan minda bangsa .Dato' [[Onn Jaafar]] yang memimpin UMNO (1946 - 1951) menyifatkan perjuangan UMNO adalah hasil seruan seruan dalam akhbar Utusan Melayu oleh Utusan Melayu.
 
Dalam keluaran sulungnya, Utusan Melayu menyeru umat Melayu supaya pertubuhan Melayu ditubuhkan. Utusan menyuarakan kedudukan dan hak orang Melayu. Menurut Prof. William R. Roff, pembaca Utusan yang ingin menolong akhbar itu digalakkan menulis untuk menyemarakkan suara dan perjuangan Utusan yang dikaitkan dengan jatuh bangun orang Melayu.
 
Utusan dianggap mencerminkan hati-nurani dan jiwa-raga orang Melayu yang sedang menghadapi masa depan yang tidak menentu dan terancam.
 
[[Ishak Haji Muhammad]] ([[Pak Sako]]) menulis dengan penuh dengan kiasan dan amaran tentang peminggiran dan kemelaratan orang Melayu di tanah air mereka sendiri. Utusan Melayu dengan beraninya menonjolkan imej politik orang Melayu yang dibelenggu oleh penjajah dan kepongan ekonomi orang Cina.
 
Utusan membahaskan soal keturunan dan asal usul orang Melayu dalam sindrom masyarakat berbilang kaum yang kritikal.Kepimpinan Melayu yang daif.Pendidikan Melayu hendaklah diutamakan , jika tidak akan dihancurkan oleh kaum-kaum lain.
 
[[Abdul Samad Ismail]] amat sinonim dengan Utusan Melayu . Beliau melalui Utusan Melayu berjuang menentang penjajahan dari sebelum [[Perang Dunia Kedua]] hingga menjelang merdeka. Beliau adalah tokoh wartawan yang menghidupkan kewartawanan Melayu. Beliau turut menjadi 'sanctity' atau tumpuan para pemimpin bukan Melayu, khususnya di Singapura.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm UM berhasrat tubuhkan jurnal penyelidikan al-Quran]</ref>
==Rujukan==
{{reflist}}
 
{{Akhbar Malaysia}}