Racun nematod: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Botrie (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 3:
Di [[Malaysia]] penggunaan racun nematod tidak banyak seperti racun-racun lain. Petani tidak begitu menyedari akan bahaya ancaman nematod. Ini adalah kerana kebanyakan penyakit tumbuhan sering dikaitkan dengan agen-agen penyakit yang lain. Penggunaan racun nematod selalunya terhad di rumah-[[rumah hijau]] atau tanaman dalam pasu sahaja. Tambahan pula racun nematod agak merbahaya, oleh itu ia tidak sesuai digunakan oleh para [[petani]] yang kurang memahami teknik-teknik penggunaannya.
 
== Penggunaan ==
Berasaskan kepada cara penggunaan, racun nematod boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penggunaan secara [[pewasapan]] dan bukan pewasapan. Pewasapan merupakan cara yang mula-mula sekali digunakan untuk mengawal nematod dan [[perosak]]-perosak lain yang terdapat dalam [[tanah]]. Bahan-bahan kimia yang digunakan untuk pewasapan mempunyai sifat mudah meruap dan wap bahan tadi akan mengenai nematod. Contoh-contoh racun yang digunakan secara pewasapan ialah dikloropropan-dikloropropen (D-D), metil-bromida, metili-sosianat (MIT) dan dazomet.
 
Baris 10:
Kebanyakan racun nematod yang bukan digunakan secara pewasapan ialah sebatian daripada kumpulan organofosforus seperti diklofention, fensulfotion, tionazin dan profos. Bagaimanapun, tidak semua sebatian kumpulan ini bersifat sistemik. Racun nematod tersebut didapati mampu mengawal serangga dan kutu tetapi tidak dapat mengawal kulat tanah dan biji-biji rumpai. Kawalan nematod dengan bahan-bahan tersebut perlu dilakukan ssecara berulang-kali.<ref>Velardebo, A. and J. Robin (1969) Nematicidal treatment of banana planting material. In ''Nematodes of Tropical Crops'' (ed. Peachey, J.E.) Commonw. Bur. Helminthol., Tech. Commun., 40: 133-141.</ref>
 
== Jenis racun nematod ==
Racun nematod boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu hidrokarbon berhalogen, organofosfat, isotiosianat dan karbamat. Pengelasan ini dibuat berasaskan kepada struktur kimianya.
 
=== Hidrokarbon berhalogen ===
Bahan-bahan daripada kumpulan ini selalunya digunakan sebagai pewasap. Bahan-bahan pewasap ini mudah meruap. Wap-wapnya akan memasuki celah butir tanah dan membunuh organisma yang terdapat di dalamnya.
 
Baris 20:
[[Metil bromida]] ([[Karbon|C]][[Hidrogen|H]]<sub>3</sub>[[Bromin|Br]]) merupakan bahan pewasap yang paling berkesan da sangat luas penggunaannya. Bahan ini boleh membunuh biji-biji rumpai, nematod, serangga dan agen-agen penyakit dalam tanah. Oleh itu ia juga dianggap sebagai pensteril. Pada dos yang biasa (50 g/m<sup>2</sup>) ia meninggalkan sisa dalam tanah antara 10-20 [[bahagian per juta|ppm]]. Sisa metil bromida dalam tanah bersifat [[fitotoksik]], oleh itu tanah perlu dibiarkan selama beberapa minggu sebelum boleh digunakan. Kebiasaannya tanah dibiarkan dua minggu selepas diberikan pewasapan dengan metil bromida. Penggunaan metil bromida boleh membasmi [[bakteria]] yang bertanggungjawab dalam proses penitratan yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok-pokok yang sensitif kepada [[ammonia]].<ref name='van berkum'>Van Berkum, J.A. and H. Hoestra. (1979) Practical aspects of the chemical control of nematodes in soil. In ''Soil Disinfestation'' (Ed. Mulder, D). 53-134. N. York: Elsevier Scientific Publishing Co.</ref>
 
=== Organofosfat ===
Nematod seperti juga serangga mempunyai sistem saraf walaupun bersifat primitif. Oleh itu sebatian-sebatian organofosfat boleh digunakan mengawal nematod dalam tanah iaitu dengan mengganggu sistem saraf. Bagaimanapun, kebanyakan sebatian organofosfat mudah mengalami penguraian semasa berada dalam tanah. Oleh yang demikian, sebatian organofosfat yang mempunyai sifat-sifat sistemuk didapati memberi kesan yang lebih baik terhadap pengawalan nematod berbanding dengan sebatian-sebatian yang tak sistemik.
 
Baris 27:
Contoh-contoh lain racun nematod daripada sebatian organofosfat ialah [[fensulfotion]], [[profos]] dan [[tionazin]]. Fensulfotion bukan sahaja digunakan untuk mengawal serangga dalam tanah dan pada daun tetapi juga snagat berkesan dalam mengawal nematod [[parasit]] kepada tumbuhan.<ref>Southards, C.J., C.H. Hadden and N.B. Shamiyeh. (1975) The effects of nematicides on sweet potato production. Tenn. Farm Home Sci. 95: 16-17.</ref> Profos pula sesuai untuk mengawal nematod dan serangga yang terdapat dalam tanah. Racun ini bersifat tak sistemik dan ia digunakan sebelum atau semasa penanaman dijalankan. Butir-butir racun ini boleh digaul dengan tanah hingga mencapai kedalaman 10-12 cm. Kesan racun ini berkurangan jika tanah mengandungi bahan organik yang tinggi.
 
=== Isotiosianat ===
Metam-sodium, Volex® dan dazomet ialah tiga jenis racun nematod yang tergolong dalam kumpulan isotiosianat. Tetapi hanya dazomet sahaja yang terdapat dalam pasaran Malaysia. Dos yang digunakan untuk mengawal nematod ialah 20-30 g/m<sub>2</sub> dengan membunuh nematod yang terdapat dalam beberapa sentimeter di bawah tanah.
 
Dalam tanah, dazomet akan terurai lalu menghasilakn metilisosianat. Di samping dapat mengawal nematod, ia juga dapat mengawal [[kulat]]-kulat tanah tetapi pada kadar yang lebih tinggi iaitu 370-395 kg/ha. Oleh kerana ia bersifat fitotoksik, maka tanah perlu dibiarkan beberapa minggu sebelum digunakan.
 
=== Karbamat ===
Karbofuran merupakan satu contoh racun nematod yang tergolong dalam kumpulan karbamat. Di samping mengawal nematod, sebatian ini juga boleh mengawal hamama dan serangga pada daun dengan kadar 0.51-1 kg/ha. Bagi kawalan serangga dalam tanah pula, karbofuran dimasukkan dalam lubang semaian pada kadar 0.5-4 kg/ha. Bagi kawalan nematod, kada yang digunakan adalah lebih tinggi iaitu 6-10 kg/ha. Karbofuran bersifat sistemik kerana ia boleh diserap oleh akar dan dibawa ke daun untuk membunuh serangga perosak daun.<ref>Minton, N.A. and L.W. Morgan. (1974) Evaluation of systemic and non systemic pesticides for insect and nematode control in peanuts. Peanut Sci. 1: 91-98.</ref> Di samping itu ia juga boleh digunakan dalam rawatan biji dan akar tumbuhan.<ref name='van berkum'/>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
 
[[Kategori:Racun perosak]]