Pertubuhan Berita Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k robot Adding: de:Bernama
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[imej:Bernama.jpg|thumb|130pcx|right|Logo BERNAMA]]
'''Pertubuhan Berita Nasional Malaysia''' atau ringkasnya '''BERNAMA''', sebuah badan berkanun, ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada [[Mei]] 1968.
 
Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.
Baris 10:
BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di [[Singapura]] dan [[Jakarta]] dan retainer di [[Washington]], [[London]], [[Manila]], [[New Delhi]], [[Dhaka]], [[Melbourne]] dan [[Vancouver]].
 
Seluruh operasi BERNAMA menggunakan [[komputer]] dan ia memberikan perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan layar maklumat kewangan tepat masa kepada pelanggan-pelanggannya di [[Malaysia]] dan [[Singapura]].
 
Peranan BERNAMA sebagai sumber [[berita]] yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dikalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.
 
KebanyakkanKebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing adalah pelanggan-pelanggan BERNAMA. BERNAMA beroperasi dalam industri maklumat yang bukan sahaja berdaya saing tetapi juga berpotensi besar untuk berkembang.
 
Sebelum ini berita-berita dan maklumat yang dikeluarkan oleh BERNAMA hanya dalam bentuk teks dan gambar tetapi dengan wujudnya unit audio-visual atau dikenali sebagai BERNAMA TV pada [[September]] 1998, ia kini boleh diperolehi juga dalam bentuk visual.
 
==Pautan Luar==