Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 40:
Berikutan timbulnya isu ini, [[Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia]] (Gamis) membantah dan mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersebut kerana perbuatan menyekat menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab [[Kerajaan Malaysia]] dan bercanggah dengan moto “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/ptptn-unisel-gamis-gesa-batal-segera-sekatan-1.54665 Sinar Harian Online - PTPTN-Unisel: Gamis gesa batal segera sekatan]</ref> Ketidaksetujuan dalam isu pembekuan PTPTN juga turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau [[Khairy Jamaluddin]] yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor. Menurut Khairy, "Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar. Mereka ini (Pelajar) datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian. Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu."<ref>[http://www.sinarharian.com.my/nasional/khairy-ptptn-tak-wajar-sekat-pelajar-unisel-1.54596 Sinar Harian Online - Khairy: PTPTN tak wajar sekat pelajar Unisel]</ref>
 
Sebagai reaksi dari tindakan pembekuan tersebut, suatu pendekatan drastik jangka pendek telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan [[Pakatan Rakyat]], [[Menteri Besar Selangor]], Tan Sri Abdul [[Khalid Ibrahim]] bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar baru UNISEL yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset hartanah UNISEL seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM akan diapungkan untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini.<ref>[[http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/49832-sgor-comes-to-rescue-of-unisel-students MalaysiaToday Online News - S’gor comes to rescue of Unisel students]]</ref>
 
Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.