Bukit Gantang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Megat.xiv (bincang | sumb.)
Baris 7:
==Sejarah Awal [[Bukit Gantang]]==
 
"Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan [[Larut]] oleh [[Long Jaafar]] setelah dilantik sebagai Raja Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang."
 
''KESALAHAN FAKTA DI ATAS:
(1) Long Jaafar TIDAK PERNAH DILANTIK menjadi Raja Larut. Yang dilantik menjadi Raja Larut adalah anaknya yang bernama NGAH IBRAHIM di mana lantikan dibuat oleh Sultan Jaafar Muazzam Shah (Marhum Waliullah) Sultan Perak. Gelaran yang dianugerahkan kepada Ngah Ibrahim adalah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan - yang merupakan salah satu gelaran bagi Orang Besar Empat negeri Perak.
 
(2) Ayahanda kepada Long Jaafar adalah ABDUL LATIF BIN PANDAK JAMALUDDIN - bergelar Toh Paduka Setia, salah seorang penyandang gelaran Orang Besar Enam Belas negeri Perak.
 
(3) Toh Paduka Setia Abdul Latif mempunyai seorang abang yang bernama Che Alang Iddin (kadang kala disebut Alang Alauddin). Beliau merupakan salah seorang penyandang gelaran Orang Besar Lapan negeri Perak - Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja.
 
(4) Individu yang dinyatakan dalam petikan di atas seperti Syed Alang Alauddin, Sultan Mudzaffar Shah III dan juga Long Jaafar adalah individu yang berbeza dengan tokoh-tokoh yang wujud di negeri Perak pada ketika itu. Ini adalah kesilapan penulis yang tidak mengetahui sejarah Perak yang sebenar dan hanya membuat andaian bahawa orang yang mempunyai nama yang sama adalah individu yang sama.''
 
Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari thai dan [[Kedah]] semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan [[Kedah]] terhadap Kerajaan Negeri [[Perak]] dan menyaksikan pertahanan utara negeri [[Perak]] jatuh kepada Thai dan [[Kedah]] yang mengakibatkan angkatan perang [[Perak]] terpaksa berundur ke [[Kuala Kangsar]] sebelum perjanjian damai antara Thai dan [[Perak]] ditandatangani.
 
===Peperangan Siam dan Perak===
Baris 19 ⟶ 27:
Semasa dibawah era pemerintahan [[Long Jaafar]], Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan [[Larut]].
 
''KESALAHAN FAKTA DI ATAS:
Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan [[Larut]] adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.
 
===Zaman Kesuraman Bukit Gantang===
 
(1) Penulis ini sekali lagi membuat andaian dan mengadakan cerita. Stesen Keretapi yang pertama dibuat di Tanah Melayu adalah antara Taiping - Port Weld pada tahun 1885!
Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, [[Long Jaafar]] telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik [[Ngah Ibrahim]] untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan [[Larut]] dari Bukit Gantang ke [[Matang]] kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari [[Taiping]].
 
(2) Saya yakin tidak ada jalanraya dibuat pada zaman itu. Tolong jangan perbodohkan pembaca lain...''
Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan [[Larut]] di [[Matang]], [[Ngah Ibrahim]] telah menjadikan Pelabuhan [[Kuala Sepetang]] sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir [[JWW Birch|James Birch]]. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti [[Kota Bukit Gantang]], Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.
 
==Wakil rakyat==