Majusi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: uz:Zardushtiylik
Shud sanadi (bincang | sumb.)
Baris 2:
'''Majusi''' atau '''Zoroastrianisme''' adalah sebuah agama purba [[Empayar Parsi|Parsi]] yang diasaskan oleh [[Zarathustra]]. Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti [[taoisme]] dari [[China]]. Sebelum kelahiran nabi Muhammad, agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti dimana kebanyakan mereka bertumpu di [[India]].
 
'''''''''== Sejarah ==
Catatan pertama mengenai agama Majusi bertarikh sekitar pertengahan abad ke lima sebelum masihi (SM). Ia adalah tulisan [[Herodotus]] yang bertajuk ''[[Sejarah (Herodotus)|Sejarah]]'' (diterbitkan pada 440 SM) yang dimana penulisan ini menceritakan mengenai [[bangsa Iran]] purba. Tulisan beliau merupakan sumber utama mengenai sejarah awal [[Empayar Achaemenid]] ([[648 SM]]–[[330 SM]]) dan dalam penulisan beliau, orang Parsi digelar sebagai ''Medes'' atau ''Mada'' dan Parsi ketika itu terbahagi kepada beberapa puak. Puak-puak ini kemudiannya disatukan dibawah pemerintahan [[Cyrus Agung]] yang merupakan raja Achaemenid. Dalam penulisan ini juga, tersebut puak ke-enam Medes yang digelar [[Magi]] yang berkemungkinan adalah golongan paderi dan mereka ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran [[Medes]]. Magi ini berpegang kepada ajaran [[Zurvanisme]], salah satu cabang agama Majusi.