Sandakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
}}
 
'''Sandakan''' (''Telah Digadaikan'') merupakan salah sebuah bandar utama di [[Sabah]] dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di [[Teluk Sandakan]] menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau [[Borneo]] dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
 
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri [[Borneo Utara]] semaza zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa [[Perang Dunia Kedua]]. Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah masyarakat [[Suku Suluk|Suluk]], “Bajau Simunul”, Cina, Bisaya, Orang Sungei dan beberapa suku kaum yang lain.
 
Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya [[Sungai Kinabatangan]], [[Gua Gomantong]], [[Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok]] dan [[Taman Pulau Penyu]]. [[Lapangan Terbang Sandakan]] merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.