Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil & Telugu) Bagan Datoh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
|Moto =
|Tarikh =
|TarikhRasmi = 07-Ogos-1978
|Jenis Sekolah = [[Sekolah jenis kebangsaan Tamil]], [[Sekolah kerajaan]]
|Pengetua =
Baris 31:
 
==Sejarah ==
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil & Telugu) Bagan Datoh ini telah dibina pada tahun 1978 di tapak seluas 3 ekar 3 rod. Terdapat 3 bangunan di kawasan sekolah ini, iaitu bangunan sekolah 2 tingkat, bangunan sekolah 6 bilik darjah dan sebuah kantin sekolah. Sekolah ini telah ditubuhkan atas konsep menggabungkan 3 buah sekolah di kawasan sekitar iaitu :-
 
* SJK (T/TE) LADANG BAGAN DATOH I
* SJK (T/TE) LADANG BAGAN DATOH I
* SJK (T/TE) LADANG KUALA PERAK, BT 25
 
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil & Telugu) Bagan Datoh ini pada asalnya menggunakan bangunan milik Golden Hope Plantation sebelum ia dibeli oleh kerajaan.
 
Pada awal penubuhan sekolah ini hanya terdapat 2 buah bangunan sahaja iaitu bangunan sekolah 2 tingkat dan sebuah kantin sekolah. Kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik telahpun dibekalkan.
 
Sekolah ini dibuka secara rasmi, apabila En. D. Somanaidu PPN, PJK, Guru Besar SJK (T/TE) Ladang Bagan Datoh II berpindah masuk ke sekolah ini bersama-sama 99 orang murid pada 07-Ogos-1978. Pada masa itu terdapat seramai 12 orang guru-guru yang berkhidmat. En. D. Somanaidu telah berkhidmat di sekolah ini sehingga 31.12.1978.
 
 
<!----
Bahagian ini perlu ditulis/rombak semula untuk mengelak masaalah hakcipta
 
 
Pada 01.01.1979, pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh En. Laxmana a/l Sannasi PPN. Ketika itu seramai 67 orang murid dari SJK (T/TE) Ladang Kuala Perak telah menyertai sekolah ini. Ini diikuti dengan murid dari SJK (T/TE) Ladang Bagan Datoh I. Jumlah murid telah meningkat dan didapati 265 orang murid telah berdaftar untuk belajar di sekolah pada 03.01.1979. Guru-guru yang bertugas ketika itu adalah seramai 9 orang iaitu En. Sahadevan PPN, En. G. Murugan, En. K. Samudram, Pn. P. Danapakiam, En. M. Arjunan, En. S. Bangaru, En. V. Muniandy, Cik Sivapakiam, En. Mokhtar bin Ahmad Bakri dan En. N. Letchumanan.
 
Mulai 20.12.1985, En. Rasu a/l Veeramalli telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga 16.9.1991. Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai 218 orang.
 
En. Appalanaidu a/l Akiah pula telah memegang jawatan Guru Besar mulai 17.09.1991. Ketika itu 9 orang guru telah berkhidmat di bawah pentadbiran beliau. Seorang murid juga telah mencapai 7A dalam UPSR pada tahun 1997. Perubahan telah berlaku semasa beliau bertugas di sini iaitu sebuah bangunan sekolah 6 bilik darjah telah dibina pada tahun 2000. Perkhidmatan keselamatan juga telah dimulakan pada 1 November 1991. Perkhidmatan beliau telah tamat pada 15.08.2002 di sekolah ini dan telah berpindah ke sekolah lain atas sebab kenaikan pangkat dari DGA5 ke DGA4.
 
Pn. Soowady a/p Govindasamy mula berkhidmat di sekolah ini pada 16.08.2002 sehingga 14.10.2003.10 orang guru yang terdiri daripada 9 orang guru terlatih dan seorang guru sandaran berkhidmat di bawah pentadbiran beliau. Sementara kakitangan bukan guru terdiri daripada seorang Pekerja Rendah Awam, 2 orang staf swasta dan 3 orang pengawal keselamatan. Jumlah pelajar adalah seramai 102 orang.
 
Pn.Saraswathy a/p Arumugam mula berkhidmat disekolah ini pada 14.10.2003 sehingga 30.6.2008 Dibawah pentadbiran beliau seramai 4 orang guru sedang berkhidmat. Manakala kakitangan bukan guru terdiri daripada seorang Pekerja Rendah Awam, 2 orang staf swasta dan 23 orang pengawal keselamatan. Jumlah pelajar adalah seramai 46 orang.
 
Sekarang pentadbiran sekolah ini diterajui oleh Pn.Jayanthymala a/p Muniandy dimana beliau telah mula berkhidmat disekolah ini pada 16.12.2008 sehingga sekarang. Dibawah pentadbiran beliau seramai 6 orang guru sedang berkhidmat. Manakala kakitangan bukan guru terdiri daripada seorang Pekerja Rendah Awam, 2 orang staf swasta dan 3 orang pengawal keselamatan. Jumlah pelajar adalah seramai 40 orang. Penurunan enrolmen murid ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa telah berpindah ke kawasan bandar.
 
---->
 
==Pencapaian ==