Sari kelapa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Sari kelapa''' atau ''nata de coco'' dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol (bermaksud "lemak kelapa") merupakan sejenis produk makan...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:08, 6 Julai 2012

Sari kelapa atau nata de coco dalam Bahasa Inggeris dan Sepanyol (bermaksud "lemak kelapa") merupakan sejenis produk makanan yang diperbuat daripada air kelapa yang telah ditapaikan oleh kultur bakteria Acetobacter xylinus. Makanan ini berasal dari Filipina.

Sari kelapa biasanya ditambah bahan pemanis dan digunakan dalam pencuci mulut seperti ais kacang, aiskrim, puding, bubur manis, minuman dan sebagainya. Ia kaya dengan serat, rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol.