Ba'kelalan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kembangkan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Baris 23:
 
===Lembah epal===
Ba'kelalan ialah satu-satunya daerah di Malaysia yang terkenal dan berjaya menghasilkan buah epal.<ref> __. (April 2012). [http://www.theborneopost.com/2012/04/09/ministry-all-out-to-help-promote-ba-kelalan/ Ministry all out to help promote Ba Kelalan]. The Borneo Post Online. Capaian 11 Julai 2012.</ref> Biji benih epal ini dibawa dari Batu Malang, Jawa Timur, Indonesia oleh seorang suku kaum Lun Bawang bernama Andrew Balang Paran sekitar tahun 1974.<ref name="epal"/> Kini daerah ini telah digelar sebagai 'lembah epal' oleh penduduk di sekitarnya. Menurut seorang pengusaha epal di sini, Tagal Paran, beliau berjaya menuai sebanyak 1.5 tan buah epal setiap musim dari 3,000 pokok epal yang beliau tanam. Setiap pokok boleh menghasilkan tuaian sekurang-kurangnya 300 biji epal.<ref name="epal"/> Walaupun begitu, pasaran ini hanya terhad di sekitar [[Miri]], [[Lawas]], [[Kota Kinabalu]] dan [[Brunei]] sahaja.
 
Terdapat empat [[kultivar]] epal yang terkenal diusahakan di sini iaitu Manalagi, Tropikal, Anna dan Rome Beauty.<ref> __. (April 2012). [http://www.theborneopost.com/2012/04/03/ba-kelalan-to-host-culture-and-apple-fest-on-april-6/ Ba Kelalan to host culture and apple fest on April 6]. The Borneo Post Online. Capaian 11-07-2012.</ref> Epal Manalagi dikenali sebagai epal Ba'kelalan; mempunyai rasa manis dan rangup apabila ranum; kulit berwarna hijau kekuningan. Epal Anna pula masak dengan berwarna merah di bahagian atas dan kuning di bahagian bawah dengan rasanya masam manis berisi lebih lembut berbanding Manalagi. Epal Rome Beauty berwarna hijau dengan tompokan merah pada bahagian bawah dan lebih rangup dan enak berbanding epal Anna. Epal Tropikal masak hijau dan mempunyai rasa lebih masam berbanding semua kultivar dan lebih sesuai untuk masakan.<ref> __. (2012) Info ringkas Epal Ba'kelalan. Dalam Agro Malaysia. Hlmn 33.</ref>