Salamiah Hassan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 26:
 
==Penerusan Karier Sebagai Artis Rakaman==
Salah satu album beliau ialah album runut bunyi (OST) yang bertajuk "[[Cinta dan Lagu (album)|Cinta dan Lagu]]" untuk filem [[Cinta dan Lagu (filem)|Cinta dan Lagu]]. Filem ini dibintangi oleh [[Noor Azizah]] dan [[Hail Amir]] yang keluaran 1976. Pada tahun yang sama, beliau muncul dengan satu lagi album runut bunyi iaitu "[[Jiwa Remaja (album)|Jiwa Remaja]]" untuk filem "[[Jiwa Remaja (filem)|Jiwa Remaja]]". Filem ini pula dilakonkan oleh [[Uji Rashid]] dan [[Hail Amir]]. Bagaimanapun, album ini dikeluarkan oleh Shaw Brothers iaitu penerbit filem tersebut. Pada tahun 1976, beliau beralih angin dengan menyertai Warnada Records bersama nama-nama besar yang lain pada ketika itu iaitu Zulkiflee, [[Sudirman Haji Arshad]] dan [[Dahlan Zainuddin]]. Beliau telah menghasilkan EP yang bertajuk "[[Masa Berlalu (album)|Masa Berlalu]]" terbitan [[Ooi Eow Jin]] dan seorang lagi pemuzik di RTM. Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi muncul dengan album runut bunyi iaitu "[[Tiada Esok Bagimu (album)|Tiada Esok Bagimu]]" untuk filem [[Tiada Esok Bagimu (filem)|Tiada Esok Bagimu]]. Filem ini dilakonkan oleh [[Jins Shamsuddin]], [[Noorkumalasari]] dan [[Sarimah Ahmad]]. Lagu "Gelombang" merupakan ciptaan komposer veteran iaitu [[Kassim Masdor]] dan lirik oleh wartawan terkenal, Bahyah Mahmood. Perkara ini telah meletakkan nama beliau kukuh dalam persada seni tanah air. Kassim Masdor telah bertindak sebagai penerbit album terbitan Senada Records ini. Pada awal era 1980-an, beliau terus merakamkan suaranya dengan syarikat rakaman antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia iaitu CBS Records (kini Sony-BMG). Di bawah label CBS Records yang menaungi artis generasi baru dan muzik dengan gaya baru, beliau telah menghasilkan dua album iaitu "[[Suatu Penantian (album)|Suatu Penantian]]" (1982) terbitan Kassim Masdor dan "[[Kembali (album)|Kembali]]" (1984) yang diterbitkan oleh Ahmad Shariff. Selepas kontraknya dengan CBS Records berakhir, beliau menyepi daripada membuat rakaman album kerana menumpukan perhatian kepada pembikinan lagu untuk iklan. Beliau juga menghiasi iklan produk popular pada zaman 1980-an sehingga beliau digelar "Ratu Jinggles". Pada tahun 1987, beliau kembali merakamkan album iaitu "[[Menghitung Hari (album)|Menghitung Hari]]" bersama Betarecs Records Sdn. Bhd. Lagu "Menghitung Hari" ciptaan [[FreedieFreddie Fernandez]] dan lirik oleh [[Habsah Hassan]] telah menjadi pujaan ramai ketika itu bahkan sehingga kini.
 
==Pengakhiran Karier Dalam Dunia Seni==